Bicara tengahari bersama Bapak Tenas Effendi
Bapak Tenas Effendi adalah seorang ketua adat di Riau. Didatangkan khas oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Kota Kinabalu untuk membicarakan tentang pemimpin dalam ungkapan Melayu. Bapak Tenas atau nama sebenarnya Tengku Nasruddin sangat intim dengan ungkapan Melayu dan bukunya yang berjudul 'Pemimpin Dalam Ungkapan Melayu' sangat sesuai dibaca oleh ceo2 di Malaysia. Jika inginkan perubahan dalam diri, apa salahnya kan?
Malangnya, bicara tengahari itu tidak dihadiri ramai orang. Selain YB Ariffin Ariff sebagai VIP merangkap pengerusi majlis, orang yang lebih ramai memenuhi ruangan itu adalah orang dewan sendiri dan beberapa orang penulis seperti Ony latifah dan Ismaily Bungso, tidak termasuk penulis vateran bertaraf Datuk iaitu Datuk Shuhaibun Yusuf yang rasanya juga sudah tidak larat untuk menghadiri majlis bicara ilmu pada masa akan datang. Tidak lupa juga Bu Dayang yang sentiasa setia dengan aktiviti2 anjuran DBP. Tidak dapat membayangkan keadaan sastera dan bahasa di Sabah tanpa adanya penulis2 veteran yang sentiasa mempunyai masa untuk memenuhi undangan bagi memeriahkan majlis ilmu seperti ini.
Kembali kepada apa yang dibicarakan oleh Bapak Tenas, di sini ingin saya gariskan beberapa persoalan utama yang telah dibicarakan oleh Pak Tenas.Tak banyakla boleh dicatatkan di sini kerana, beliau tak ada kertas kerja dan apa yang disenaraikan di sini adalah ingatan2 terhadap kata2 beliau.
1. Pemimpin adalah pemegang amanah.
Taat pada sumpah, setia pada janji, setia perkataan pada perbuatan. Sifat amanah ibarat siang dijadikan tongkat, malam dijadikan bantal.
2.Pemimpin harus dekat pada rakyat. pemimpin yang semakin naik ke atas, semakin jauh dengan rakyat. mereka hanya melambai-lambai sehinggakan segala permasalahan rakyat tidak diketahui.
3. Pemimpin harus adil pada semua orang tidak kira kepada kaum kerabat ataupun saudara mara.
yang bengkok diluruskan
yang salah dibetulkan
yang keruh dijernihkan
yang sesat ditunjukkan.
Paling penting, pemimpin diibaratkan seperti sebantang pokok di tengah padang yang luas.
Yang dekat dapat melihat, yang jauh dapat melihat
Rimbun daunnya tempat berteduh
Kuat dahannya tempat bergantung
Besar batangnya tempat bersandar
Kukuh akarnya tempat berdiri.
Jangan jadi pemimpin seperti ini;
kerana pangkat lupakan sahabat
kerana harta lupakan kerabat
kerana gelar kepalanya besar
kerana disanjung, kembang hidungnya
0 Comments:
Post a Comment
<< Home