coretan hati
Hari ni terasa nak memperkatakan tentang pembantu rumah. Aku mengambil keputusan untuk menggaji seseorang setelah kurasakan sangat2 memerlukan seorang pembantu...tak banyak pun kerja yang dia nak tolong buat. Cuma tolong kemas rumah yang memang tak larat nak buat. rasa nak putus urat kentut.
Aku sebenarnya takdela ralat sangat dengan pembantu2 yang tak kirala dari warga mana sekalipun di dunia ni...jujur aku katakan, sebenarnya ada kalanya tersentuh hati bila memikirkan betapa kesihannya mereka merantau untuk mencari rezeki. ada yang tinggalkan anak, suami dan ibu bapa yang tua..lebih malang lagi jika ada yang didera, dirogol dan ditipu majikan. Tak kirala mereka ni PTI ke PI ke...bagiku, di mana2pun di muka bumi ini, manusia berhak mencari sesuap nasi...mencari rezeki..ini kan bumi Tuhan...Kita ada kalanya terlalu obses dengan sempadan politik...sehingga kita lupa bahawa, di akhir nanti, kita semua akan kembali ke satu tempat yang ruangnya hanya cukup untuk ukuran badan kita...jadi biarkanlah mereka...
Namun, sepanjang pengetahuanku dalam hal2 pembantu rumah tangga ni, banyak juga cerita2 negatif yang telah kudengar. Terutamanya daripada rakan2 di Semenanjung..Hmmm...melopong jua mulut bila mendengar bagaimana liuk lentuk minah2 ni menggoda suami majikan, keluar berpeleseran ngan pasangan mereka yang ditemui di pusat membeli belah, atau di mana sahaja ada jejaka yang sama negara atau sama 'miang' dengan mereka..Masih teringat bagaimana seorang rakan terperanjat beruk bila mendapati maid terjingkit2 masuk pagar belakang pada waktu subuh (dari dating la) atau, menemui pembantu yang selama ini dikenali sebagai masih dara, tetapi tetiba je dah mengandung....masya allah.
Berbalik kepada minah yang baru kuambil 5 hari tu, sebenarnya, pada hari pertama lagi dah mula buat onar. Telefon mula berdering tak henti2..aiiii cepat juga minah ni memasang rangkaiannya..selamba kubertanya, ramai pula rakanmu di luar sana yang mengetahui no telefon rumah ni? Pembohongan pertama dimulakan apabila dia menafikan memberikan no rumahku kepada rakan2nya...pelik juga ya? Aku yang dah nak 'darah tinggi' kerana terlebih makan garam ni ditipunya bulat2? Akupun diam. Tak larat nak betekak ngn orang yang dah ternyata berbohong..Tapi akhirnya, aku tidak dapat tahan apabila panggilann untuknya tak kira masa sehingga masa bekerjanya sudah terganggu dengan panggilan telefon daripada kekasihnya.Akupula terkontang-kanting kat dapur dan dia bergayut kat tipon..hmmm....
Pembohongan kedua berlaku sewaktu aku bertanya dia sering menggunkakan telefon atau tidak. Dengan bangga dia berkata, tidaklah. ..Kawan saya je yang telefon. Namun, minah tu silap, kerana dia tak menyedari bahawa kita boleh redail kat telefon, no2 yang telah digunakan. Sewaktu aku redail, elok2 pula kekasihnya di sana juga menafikan, yang minah sering menghuibunginya.. jadi? bagaimana mungkin aku dapat menghubungi kekasihnya hanya dengan menekan redail?Akhirnya aku memberikan kata dua bahawa aku tidak sedikitpun melarangnya untuk menggunakan telefon asal saja bukan untuk memadu asmara dan meninggalkan kerja yang sepatutnya dilakukannya. Namun, jika bil telefon yang bakal datang melebihi taraf kewarasan aku sebagai majikan, alamat gajimu kupotong..kataku tegas untuk menakutkannya..Seterusnya, aku minta tolong sangat2 maklumkan kepada kekasihnya, kalu nak menelefonpun, janganla tak kira waktu. Siap suruh panggil minah tu, macam kita pula maid dia..amboi banyak cantik!
Keduanya, boleh minah ni, masa aku ada tamu, dia selamba masuk bilik. Pas tu, baru 4 hari kerja, dah minta cuti. Tak apa la..akupun tak kerja, aku benarkan dia pulang.Pada petangnya, dia balik dan aku slow talk ngn minah ni. Nak kerja betul2 ke idak?. dia kata ok..akupun ingatkan, insaflah minah ni dengan kata2ku..rupanya, sejurus aku keluar, dia telah menelefon kekasihnya dan mereka telah berpakat bahawa, aku sungguh tidak membantu hubungan mereka. Inipun, aku tahu bila anak sulungku mengadu, mama kenapa mama upah kakak yang suka sangat cakap kat telefon????
Akhirnya, sebelum tekanan darahku sampai klimaksnya, dia sendiri meminta dihantar pulang setelah 5 hari dia bekerja denganku dengan sehari cuti..Sempat dia bertanya soalan pandir...akak tak marah ke saya berhenti?..hello? ingat aku nak merayu2 ko ke? Syukurla ko bermimpi untuk berhenti. kalu tak, makan hati berulam jantung aku asyik memanggil ko kat bilik bila nak minta tolong potong sayur (tapi aku cakap dalam hati la..aku ni walaupun garang, tapi tak larat nak berbasah-basi dalam keadaan ni..please)..hantarla dia pulang..dan aku merasakan, beban selama 5 hari terlepas hah....lega..
Sewaktu tengah santai2 di hadapan tv, tetiba telefon berdering..ingatkan kawan..di sebelah sana, kudengar suara minah ni..ingatkan dia nak minta aku ambil dia balik. tapi aku tak sempat berkata, dia pantas mahu aku memanggil suamiku? aiiii.. apa dah jadi ? tadi anakku kata, orang tu nak cakap ngn mama. Ok aku biarkan saja dia bersandiwara di hujung sana dengan menyamar sebagai girlfriend suamiku..hahahahaah..rasa nak pecah perut aku dengar minah tu berloghat semenanjung..ohhhhh Tuhan...kenapala minah tu tergamak melakukan peniupan tahap yang tak ada kategori langsung....dengan selamba aku berkata, oh ni girlfriend dia ke? dia tak adalah..diapun cakap, tak tahu ke saya ni girlfriend suami awak? Tak marah ke ? saya pun jawab ..Oh ye ke? suami saya nak kahwin satu lagi pun saya tak kisah inikan pula setakat girlfriend..hahahaha...lepas tu, akupun letak telefon sebab tak tahan sakit perut nak tergelak....
jadi aku dapat merumuskan bahawa, budak tu memang minah gayut....dan tak dapek nak diselamatkan lagi tahap kroniknya dia mencintai alat ciptaan Graham Bell tu..ok la..dah cerita kat sini, rasa lega la pulak...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home