Wednesday, March 29, 2006

Indahnya Rasa Itu

Segumpal darah merah yang kian membentuk
warna peribadi dan bentuk rupa
mula mengembang mesra di dalam rahim

Perut yang selama ini kosong-mual
mula dihiburkan dengan gerakan manis
dari kurniaan Tuhan yang paling sempurna

Anakku,
Kau telah lenyapkan ngilu ibu
dengan sentuhan listrikmu

Kau lontarkan loya ibu
dengan senggolan nakalmu

Kau padamkan gundah ibu
dengan irama degupan jantungmu

Kau sirnakan segala kesakitan
dengan kasih sayangmu yang tidak bertepi

Letih dan lelah telah kau lontarkan
dengan geselan mesramu
yang mengisyaratkan kesabaran...

perkongsian rasa dan segalanya
menjadikan kita lebih bersemangat
dan tidak sabar untuk bersua...

Azimat yang diberikan Tuhan
tidak mampu dibalas dengan hanya
mengucap SYUKUR...

Saturday, March 25, 2006

Ragam Anak-Anakku

Anak-anakku semakin petah mempersoalkan itu dan ini. Kekadang mood orang mengandung yang tak menentu ni naik berang juga dengan persoalan mereka yang ada kalanya, aku tek reti nak jawab atau aku malas nak jawab. Teringat masa belajar dulu, pensyarah sering berkata, zaman ni, soalan 'apa?' dah tak bermakna. Soalan 'kenapa?' dan 'mengapa?' yang harus wujud dalam kepala. Hmmm, itu zaman aku kat universiti. Ni, anak2 zaman sekarang baru tadika dan darjah 1 dah tanya soalan 'kenapa?', 'mengapa?'..tak ada dalam dairy mereka soalan 'apa?'.
1. Anakku yang baru berusia 5 tahun, Hud namanya. Disebabkan dia anak laki-laki, dialah jadi hero di rumah kami. Baru-baru ini, dia mempertikaikan mengapa orang yang duk di rumah kami hanya dia seorang laki-laki? Dia bosan kerana dia tak ada kawan laki2 kat rumah tu. Dia tanya kenapa kawan2ku hanya ada seorang je lelaki kat umah mereka, iaitu suami kepada kawan2ku (maksudnya, semua anak2 mereka perempuan).
Hud adalah orang yang paling gembira bila tahu aku mengandung. Dia sangat mengharapkan dapat adik laki-laki. Semasa aku ke klinik, dia siap cakap dengan Dr. "Dr, tolong ya. Saya mahu adik laki-laki!". Dengan senyum2 kambing Dr menjawab, "Oh itu abang kena minta dengan Tuhan". Maka setiap hari Hud akan mengusap perutku sambil berdoa. "Oh Tuhan, berilah saya adik laki-laki. Semua adik2 dekat kawan mama beranak perempuan". Ketika aku cuba untuk mengatakan bahawa kemungkinan adik dalam kandungan perempuan, dia akan menangis semahu-mahunya sama seperti menangisi dua kawan aku yang baru melahirkan anak dan kedua-daua anak mereka adalah perempuan.
Baru-baru ini ketika tayar kereta adik yang ambil kami kat airpot pancit, Hud dengan selamba berkata "kan dah susah tak ada laki-laki"..."kenapa dunia kurang laki-laki mama?"
2. Anakku yang pertama-Adlin namanya. Umur 6 tahun, dan punya adik kembar namanya Adnin. Kalau adik dia terlalu obses ngn adik laki2, yang seorang ni kalau tengok benda dan tak bertanya tak sah satu hari dalam hidupnya. Kekadang aku naik jengkel dengan soalan2nya yang bertubi2 dan tak kena pula masa soalan itu dikemukakan.
Baru-baru ini Adlin bertanya, "mama, kenapa orang yang berkahwin harus mengandung dan beranak?". Nasib baik la, aku ada jawapan tepat untuk soalannya. "Oh tidak semestinya. Tengok mak ngah dan pak ngah, dah kahwin tapi tak ada anak kan?". Dia pun mati akal untuk bertanya.
Dua hari yang lalu, aku membawa anak2 ke salon untuk memotong rambut mereka. Sementara menunggu Adnin dipotong rambut, Adlin mencapai sebuah majalah wanita yang terpampang gambar pengantin. Dengan muka naif Adlin bertanya, "mama, mereka dah berkahwin kan? (dengan merujuk kepada gambar pengantin pelakon drama yang menjadi cover majalah tu). Aku cuma mengangguk tanda setuju. Tetiba je dia bertanya lagi "mama sapa yang sakit ketika bersama ?" "kenapa dia sakit?". Aku pun melihat semula cover majalah tu. Rupanya, pada cover tu ada tajuk2 Sakit Ketika Bersama? Aku dah hilang punca. Macamana nak jawab. "Oh! Tak tahulah sapa yang sakit dan kenapa, kak ngah. Mama tak baca lagi majalah ni"! Aku mematikan soalannya kerana sebenarnya aku tak tahu nak jawab apa!
Itulah antara soalan2 cepu emas daripada anak2 yang aku betul2 tak reti nak jawab. Jika sekadar soalan " kenapa perempuan tu merokok? Kenapa dia tak takut Tuhan"? bolehlah juga aku menjawabnya. Kalau soalan2 seperti "Tuhan tu siapa? " "Tuhan tinggal kat mana?", terpaksa juga aku tarik nafas dalam2 baru boleh nak jawab soalan2 mereka.

Wednesday, March 22, 2006

Apa Ada Dengan Padang ?

Kok Yang Kurik itulah kundi
Kok yang merah itulah Sago
Nan elok ituBudi,
Nan Indah itulah Bahaso.
Memangle Padang tu bukanlah jauh nar. Tanahpun sekangkang kera. Tak la sebesar Paris ke, ataupun China. Masyarakatnyapun, sebiji ngn muka2 yg menempel kat Malaysia. Ye la, moyang segala moyang rakyat Malaysia khususnya yang kat Semenanjung tu (Melayu), hampir 80% berasal dari Sumatera. Tak heranpun tak? Makananpun nyaris2 sama ngn yang kek Negeri Sembilan.
Walau bagaimana dekatnya Padang yang orang tak heran nak g tu, aku tetap merasa satu pengalaman baru bila berada di sana. Pertama, aku takjub dengan kesederhanaan masyarakatnya. Mereka tidak memperlihatkan sikap sombong, tidak membazir dan yang pastinya, toleransi di antara satu sama lain tetap terpelihara, lebih2 lagi ketika di jalan raya.
Daerah Padang yang terletak di Sumatera Barat, rasanya adalah daerah yang paling selamat dan aman di Indonesia (setelah hampir seluruh pulau di Indonesia telah kujejaki). Walaupun kedudukannya yang berada betul2 di tepian lingkaran gunung berapi dan dekat dengan Aceh yang sering bergolak, namun Padang aman daripada sebarang gangguan. Syukur kepada TUHAN.
Perkara paling aku takjub ialah sikap toleransi pengguna2 jalan raya. Jalan rayanya hanya 1/4 keluasan jalan raya di Semenanjung Malaysia tetapi pengguna2nya sangat bekerjasama, sehinggakan di jalan yang begitu sempit, boleh memotong kenderaan di hadapan tanpa rasa takut kepada kereta yang datang dari arah bertentangan. Jika melalui mana2 selekoh, pemandu akan saling membunyikan hon untuk memaklumkan bahawa terdapat kereta di arah bertentangan. Rasanya hon sangat aktif digunakan di sana sama seperti di seluruh lalu lintas di daerah Indonesia, berbanding di Malaysia yang hanya akan membunyikan hon apabila kenderaan di hadapan tak bergerak2 akibat jalan sesak atau pemandu termelamun sekejap.
Kalau tanah kelahiran Parameswara terkenal dengan empek-empek atau pempek, padang dikenali ngn nasi padang dan soto padang. Makanan ni, sebenarnya ada juga di Malaysia tetapi kita nak la merasa masakan aslinya, 'nasi kapau' yang merupkan nasi padang asli. Mak ai! punyala pedas...dan hampir keseluruhan makanannya bercili, dan nampaknya sangat simple..
Danau Maninjau tempat kelahiran Hamka sangat indah di pandang mata. Menuju ke arahnya, harus melalui 44 selekoh seperti Bukit Putus di N9. Sawah luas terbentang dengan pohon nyior melambai2, memang sangat mengasyikkan.
Perjalanan ke Bukti Tinggi ibarat melalui perjalanan ke Kundasang Sabah. Udaranya juga agak sejuk tetapi sayang, di Bukti Tinggi tidak ada orang yang menanam strawberry atau kobis seperti di Kundasang. Yang ada hanya padi, dan padi dan padi.

Friday, March 10, 2006

Program Cuti Sekolah

Hmmm... cuti sekolah dah nak mula. Mana nak pergi? Buka laman web Air-asia, akhirnya beli tiket untuk anak-anak ke Kuala Lumpur. Boleh tukar angin dan tukar selera. Maklum bulan ni nampaknya selera makan mula terbuka.
Hari terakhir persekolahan anak2, terus bawa mereka terbang laut cina selatan menemui ayah mereka. Ayah mereka juga telah mengatur trip ke Port Dickson selama dua hari. Wah..cuti sakan budak2 ni...
Sebelum sampai Kuala Lumpur aku dah memikirkan keletihan yang belum ditempuhi. Aku ingin menghirup udara yang lain. Aku terbawa2 pada selera ibu mengandung yang teringin sangat makan nasi Padang. Aku memeriksa tiket ke Indonesia. Lalu mengambil keputusan untuk mengheret suami dan rakan ke Padang, Sumatera. Suami agaknya memang dah tepu dengan tugas2nya akhirnya bersetuju tetapi tidak kawanku. Dia tidak dapat lesen berjalan dari suaminya. Agaknya sang suami iri kerana kitorang tak ajak dia sekali.
Seperti biasa, sebelum ke luar negara, perasaan berdebar-debar untuk menjejakkan kaki ke tempat orang lain mula berputik. Perasaan itu memang seringkali menghantui diri setiap kali akan ke luar negara. Rasa macam takut akan mati di tempat orang lain. Lebih2 lagi Sumatera bumi bergolak dengan ledakan dan gegaran. Tawakkal saja dan aku tidak mahu memikirkan sangat hal tersebut. Anak-anak, selamat tinggal dengan wan dan atok...