Thursday, June 22, 2006

Biadap ? tidak sopan @ kiasu ?

Heboh satu Malaysia apabila majalah Readers Digest membuat kenyataan bahawa KL merupakan bandaraya ketiga biadap di dunia...Apalagi... segala menteri hinggalah budak hingusan yang begitu patriotik mula memberi komen dari segala segi. Mengapa kita harus melenting dengan hakikat bahawa penduduk / orang yang berlegar di KL itu sebagai biadap, tidak sopan atau kiasu? jika ternyata semuanya benar? Tengok cerita (drama @ filem) zaman dulu hinggala saat ini. Gambaran bahawa bandar adalah punca segala masalah sudah menjadi satu kunyahan orang2 seni. Maksudnya ia telah terpahat dalam fikiran dari dulu kini dan selamanya. Mengapa Readers Digest tulis baru kita melatah? Ini satu lagi bentuk fikiran orang Malaysia yang memang dah klise. Orang sendiri tegur tak peduli. Tunggu orang lain tegur melenting tak tentu hala...
Budaya mementingkan diri memang dah berakar umbi sejak zaman tok nenek orang Malaysia. Bukan sahaja di KL tetapi di kebanyakan bandar2 besar di Malaysia. Semuanya nak cepat. Tapi tak juga produktif. Kelihatannya ada sahaja perkara yang hendak dikejar sangat2 tapi tidak juga menjadi manusia yang berkualiti. Selalunya nak cepat sebab dah terlambat (dalam istilah Nisah Harun, macam nak tekincit!) bukan sebab mereka dah bijak mengatur masa. Masalahnya, masalah yang menimpa individu2 seperti ini bukan sahaja menyusahkan diri sendiri malah menyusahkan orang lain. Ambil sahaja contoh segmen Budimaan (tak ingat budimana apa dah) di RTM 1 tentang sikap warga KL yang tidak memikirkan orang lain. Potong barisan (di jalan raya tentunya), ketika naik bas, di bank atau di mana2 sahaja yang perlu berbaris. Masa kat sekolah dulu agaknya mereka tak belajar!
Itu belum kes langgar lampu isyarat, langgar lari dan langgar mati ! Inilah amalan masyarakat Malaysia yang menjunjung sifat sopan santun. Baru sahaja Adlin Aman Ramli berlakon iklan menunjukkan kebiadapan atau ketidaksopanan orang Malaysia dalam LRT, satu parlimen heboh hingga iklan tersebut pernah dihentikan siarannya. Konon2nya memalukan sedangkan realiti memang orang Malaysia macam tu!
Apa yang pasti kita sering terlupa untuk memerhatikan diri kita di cermin. Agaknya orang Malaysia bercermin hanya mencari berapa biji jerawat yang dah tumbuh kat pipi.
p/s- cuba datang bandar Kota Kinabalu pula. Tengok bagaimana selambanya pemandu2 Kota Kinabalu memandu dengan perlahan macam siput kehabisan lendir di lorong kanan. Jika nak memotong, terpaksa ambil lorong kiri. Waktu kita nak memotong, pandai lak dia lajukan kereta, hingga orang belakang pula tak boleh nak potong. Ataupun buat 'double parking' hingga jalanraya sesak menunggu pemandu keluar dari membeli-belah ..

6 Comments:

At 1:30 pm, Anonymous Anonymous said...

Ha ha ha ha ha! Tulisan ko kali ini memang kelas As. Simpan bisa ke dok dorman berbulan-bulan. Pas tu, tetiba buat entri yang menyengat dan menggigit-gigit!

As, ko datang la jalan pi rumah bah. Datang tengok burung nuri dan kekura kat rumah. :)

 
At 10:48 am, Blogger asmiaty said...

bukan simpan bisa. aku tak ada masa dah jadi babu, tak ada masa. macam mana mau datang umah ko, lepas hantar budak g sekolah, masak layan depa, hantar g sekolah agama, aku pengsan sampai dorang balik sekolah,.ruma ko dah jadi mini zoo pula ka? lepas tak jadi taman mini botani..kalu bawa si hud g rumah ko, alamat burung nuri ko kojol...

 
At 7:35 pm, Anonymous Anonymous said...

As, wah.. sibuknya. Tak padan dengan 'badan' ko sekarang yang tengah menunggu hari.

Lama lagi ka As?

 
At 2:27 pm, Blogger asmiaty said...

satu bulan lagi. itupun kalu baby tak meragam mau keluar awal. kalu awal bulan 8 tak ada kabar tu, pandai2 la kau jenguk aku ah..si hud dah excited mau p rumah ko bila aku cakap ko ada burun n kura2. time tu juga dia ajak p..

 
At 8:33 pm, Blogger Yasmin said...

O kritis sekali!
Tulislah lagi.

Rem, bila nak menjenguk Norwich? tahun 2016?

Kak As, bila nak meletup? :) macam terreris lah pulak soalannya! Selamat segalanya, amin.

 
At 2:25 pm, Anonymous Anonymous said...

Assalamu'alaikum Kak As.

Adakah ini Kak Asmiaty yang dahulunya mencurahkan bakti di Dewan Bahasa dan Pustaka?

Saya suka dengan entri ini. Satu pandangan yang berani. Kenyataan Readers Digest itu ternyata benar, tetapi selama ini orang-orang kita hanya menutup mata. Apabila dikritik, melenting.

Ayat ini yang paling menarik --> Budaya mementingkan diri memang dah berakar umbi sejak zaman tok nenek orang Malaysia. Bukan sahaja di KL tetapi di kebanyakan bandar2 besar di Malaysia. Semuanya nak cepat. Tapi tak juga produktif. Kelihatannya ada sahaja perkara yang hendak dikejar sangat2 tapi tidak juga menjadi manusia yang berkualiti.

Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa sememangnya orang-orang Malaysia masih ramai yang berfikiran sempit, sesempit lubang jarum, walaupun belajar tinggi menggunung.

 

Post a Comment

<< Home