Puisi seorang feminis
Inilah dia satu contoh puisi seorang feminis Melayu. Rasanya belum ada penulis wanita yang berani memaparkan kisah pengalaman biologis mereka lewat karya selain cerita-cerita bersalin. Agaknya mereka malu untuk berkongsi dengan masyarakat bernama lelaki. Usah gentar dan malu kerana ia adalah satu keistimewaan yang telah Tuhan anugerahkan. Maaf jika ianya langsung tidak puitis sebagaimana selayaknya...
Pengalaman wanita (1)
Pada setiap bulan
ada kuasa menerjah dinding rahim
mengalir darah hanyir
sempurna satu kitaran hidup
pedih yang perih
ngilu yang asyik
darah pekat keras
adalah tanggung jawab
tidak semua mampu merasa
nikmat bahagia
tidak tergambar
tidak mampu diucap
satu kebanggaan
hadirnya memberi keinsafan
seribu tanda tanya
pada ‘rasa’ yang begitu ‘tajam mencengkam’
sakit yang mencucuk itu
adalah mukjizat
menatang hari muka
menjadi latihan
menentang derita
17 Comments:
As, siapa penulis puisi tu? Teringin nak tau gak.. ahak.. ahak...
Mungkin balik hujung bulan ni As. Nanti saya contact ko yer.
Tak sabar menanti bahagian keduanya. Cepatlah kak.
rem wah! wah! wah! aku la..komen cepat.horeee rem dah balik...
min sabo min...
Saya rasa ayat
'sakit mencucuk' itu patut diganti
'sakit kena cucuk'! he he he.. baru la feminis betul. :)
Komen ka As? OK.
Pertama, puisi itu tidak 'lewah' dan 'tidak jiwang'. So, kalau baca.. tidaklah sampai perut naik sebu, dan tekak jadi loya. Pendek kata, ia punyai kesahajaan yang agak natural. Spontan. Tidak mengada-ngada atau terlebih-lebih.
Kedua, sungguhpun begitu, saya masih kurang terasa ada tikaman dan sentuhan. Olahan puisi ko tidak klise, tapi entah kenapa.. aliran plot dan nada pengucapannya kurang diwarnai dengan keluk. mau bilang datar sangat, tidak juga. Tapi kalau lebih 'dramatik', kan bagus?
pedih yang perih
ngilu yang asyik
darah pekat keras
adalah tanggung jawab
(seorang wanita matang
biar bisa lunaskan nafsu
seorang jantan dahaga!).
tidak semua mampu merasa
nikmat bahagia
tidak tergambar
tidak mampu diucap
satu kebanggaan
(seorang wanita syumul
yang sedar lurah berdarah itu
boleh jatuhkan lelaki perkasa!).
Itu contoh saja. Tidak semestinya ke arah itu, sebab saya tau tema ko cuma mahu berkisah tentang 'kitaran itu'. Cuma kalau boleh, masukkan unsur 'realiti' supaya kitaran itu tidak ditilik atas nama 'kajian akademik' - tapi lebih sebagai metafora untuk gambarkan realiti yang lebih besar. Apa realitinya - terpulanglah. Pilih saja. Tidak semestinya tentang lelaki.
Ketiga, saya suka pendekatan dan gaya ko As. Tapi saya mahu ko tonjolkan keberanian yang lebih 'tajam'. Kalau mahu feminis, biar feminis betul-betul. Bukan ala-ala tersadung di pertengahan. Kalau ingin bebas dari tempurung pemikiran konvensional, keluar betul-betul. Jangan dok terdongak kepala turun-naik, macam hendak tak hendak keluar. Saya mahukan tikaman bahasa yang lebih emosi dan kaya dengan 'naratif' yang lebih detail. Salahkah kalau kita menulis:
Dari pintu vagina yang suci ini
telah aku keluarkan seorang manusia
sesudah kuizinkan kemasukan seorang lelaki.
Pada lelaki yang pernah kotori pintu ini
nyah kau dari sini
dan asahlah tugal jantanmu
pada pintu-pintu kaum sejenismu!
Ha ha ha ha. Ini contoh saja. Tapi maksud saya, kita mahu nada yang lantang, brutal dan penuh provokasi.
Apa pun tahniah. Puisi ko ini paling tidak, berjaya mengheret keinginan dan pendekatan ko ke arah yang 'begitu'. Cuma saja.. perlu ditunggu bila saat ranumnya yang sebenar!
Laki ko tentu suka dengan puisi ini, kan? :)
PS: Pi baca puisi frinjan saya yang terbaru. Kamar Merah. Terpaksa dimurnikan berkali-kali kerana puisi asal penuh dengan bhasa SX18!
ko memang tau rem...bertendensi ke arah 18sx..nanti si min ambil tudung tutup matanya malu untuk baca puisi tu...
puisi aku macam tak ada x-factor kan? terus terang memang masih malu-malu walaupun ada matlamat ke arah menggambarkan realiti hidup manusia perempuan..namanya juga feminis melayu hikhik..bukan asyik melolong kena tinggal laki atau kena tinggal buaya friend. tunggu dululah baka kata ko, tunggu ranumnya...
p/s lakiku bukan nak kata suka atau tidak...dia baca puisi macam ni ghairah pula dia kang..
rem sejak hari aku cakap tak dapat masuk blok ko, sampai hari ni aku tak dapat masuk la..apa masalah?
pasal puisi ko yang ada vagina tu, ko gila rem aku buat puisi macam tu? kena kejar kita dbp dan pengkritik sastera ...sini masih tabooo la..hari tu ada satu drama tajuknya vagina...ya ampun..kalu dibaca memang kelako gila pasal benda tu yang berdialog...dipentaskan diKL..tapi kena hentam teruk2 oleh pengkritik.....
Hehe. Puisi Ramzah to sudah saya baca. Menarik!
As, rasanya ko salah address kut. Setakat ni, ok saja pula blog saya tu. Dulu ada masalah sikit untuk diakses. Anyway, kekadang blogdrive ni pun bikin ragam juga. Kalau ko akses time nak upgrade server, memang tak boleh la tu. Tapi pelik juga kalau ko asyik time tu.. hmm.. silap url address kut?
macam mana boleh silap, saya letak dalm favorites. memanjang. dia suruh klik2, tak dapat klik pung...
Mek,
Ko turun KL tak untuk Dinner Mastera?
- Nisah Haron -
annyss, susah sikit nak begerak sekarang ni..tak ada orang jaga anak..kalu ko jumpa bapak-bapak, ibu-ibu dari kumpulan kita p palembang tu, titipkan salam yaaaa...
min, tolong tengokkan kat library ko ada tak buku judul A Theory Of Literary Production tulisan Pierre Macherey. tahun 1978.
As, pasai apa la cari buku tahun 1978?? Masa dalam viva, saya siap kena hina bertalu-talu oleh examiners sebab pakai buku rujukan tahun-tahun 1970an. :)
Ada. Kata Rem tu betul 50%. Tapi kengkadang teori lama tidak bererti ia tidak boleh dilah semula, 'ditemui' semula dan sebagainya. Ya, dalam penemuan sains, yang baru dan lebih tepat menggantikan yang lama. Tapi teori kemasyarakatan baru tidak semestinya menyangkal sepenuhnya yang lama. Salah ka? saja ni, loyar buruk berhujah.
Buku itu ada, tapi 1978 ialah edisi terjemahan kepada bahasa inggeris. Tulisan asal ialah dalam bahasa Peranchis pada 1971, berjudul, Pour une théorie de la production littéraire /Pierre Macherey. Kalau nak, nanti saya usahakan yang bahasa Inggeris.
Sebelum saya tekan hantar dalam teori sains, teori Darwin menggantikan teori ciptaan (untuk orang Islam, penciptanya Tuhan). Tak kan lah kita percaya pada teori Darwin yang lebih baru daripada teori ciptaan pulak?
Pembetulan: dilah, sepatutnya, diolah.
-rem, masalahnya tak ada buku baru yang memperkatakan tentang teori produksi tu..
-min tak yah la ko pinjam buku tu. ada kawan dapat kat upm dekat sikit. sori ...
Menyanggah buka semua bermakna menilik benar atau salah, tidak pula mendabik kita yang benar, atas nama fikir-fikir mencerah yang kikir, saya rumus olah rasa begini,
Tertib batin dlm bicara qalam Pencipta mendidik dgn sempurna sudut meninggikan nilai moral melumatkan nafsu amarah jika hampir pada nafsu 'serakah'kerana persepsi yang bebas timbang tara tanpa mahu membatas sempadan, meyilu segan lantaran kekuatan bahasa yang ada makna tersembunyi ditatap baca hayat berulang-ulang, manusia dgn berbagai darjat kemampuan dan kemahiran akan 'lemas' dalam gelombang arus yg bertarung dalam jiwa.
Pengibaratan mudah lihat kini kemanusiaan pudar berera dekad,anihnya ia terpapar jelas di mata namun hati tidak ikut merasa,di mana kekuatan senjata bicara ?
Minda di tumpul tanpa di asah mengungkit-ungkit sejarah yang tertulis untuk pedoman.
Adilkah membicara berbagai tingkah pada yang di bisu tanpa dapat sekali peluang untuk membela diri ?
Di mana kita yang membaca qalam Pencipta selama hayat di kandung jasad, sekali tak selalu mematuhi kalimat mutiara Junjungan SAW dalam pesan, " Bertuahlah orang yang sentiasa bekerja kuat untuk membetulkan diri sendiri daripada menyebut-nyebut keaiban orang lain"
Generasi muda usah berduga panjang usia kita sentiasa sihat sejahtera jasad sihat seiring dengan rohani yang berkat.
Agama usah di singkir dunia telah lama bersilap tafsir terhadap keyakinan kita, di mana kekuatan bicara jika kita serupa sama dengan mereka yang enak sahaja menjadi juara biar ia bukan di bumi milik mereka, silap di mana jika kita sentiasa membesarkan 'kelemahan' sendiri dengan membiarkan Sang Juara sentiasa mewakili diri kita, sedang jiwa perasaan hak milik sendiri sudi disewa di upah ganjar kerana silap pertaruhan.
Berdirilah kerana menuntut keadilan bukan mahu rela diri diperhambakan !
Salam ukhuwwah.
Post a Comment
<< Home