Aktiviti minggu2 lepas
Haiiiii kawan2....aku dah balikkk....
dek lama sangat tak mai sini, nak tebarai rasanya ide dari kepala otak aku ni yang nak dikongsi ngn kawan2ku..yang duk jauh di sanun..
seminggu sebelum raya, aku gi la pejabat tengok2 surat dan dapat satu bungkusan yang dikirim oleh ahsuez..haha ni geng si rem member lazer aku huk..huk..hmmm di dalamnya ada buku bertajuk 'jiwa kacau'...hmmm aromanya bagus sekali...tak tahu rasanya bagaimana..hantar sms kat ahsuez ucap terima kasih..aku sedang meratah 'jiwa kacau'..dan dibalas dengan ucapan hari raya lagi..terima kasih rem...
Tanpa berfikir panjang, bacala 'jiwa kacau' bermula dari kata pengantarnya yang sangat menarik hati aku sehingga...habis setengah hari aku baca buku tu.. best..bestla...! susah nak digambarkan rasa best dia tu...macam membaca novel Indonesia..hehehe sorry penulis Malaysia, bukan aku tak suka baca novel korang tapi, tahap keterujaan aku tu berbeza sikit bila baca karya penulis Indonesia..kaya dengan ilmu..dan membuat kita berfikir..berfikir dan terus berfikir..inilah jua yang kualami dengan jiwa kacau..tapi dia ada +++++ kelakar...
dah habis baca, cakap kat katilmate aku...tak tengok buku jiwa kacau dalam bilik? Dia geleng kepala. Macam tak ada mood je..ye la dia dah berapa bulan dah tak serupa orang aku tengok..kalu kepala boleh berjalan, agaknya kepala dia yang turun tangga..kaki dia kat atas..hahaha..biasala orang buat Phd, kalu masa dah dekat, ibaratnya orang nak ter 'tuit'.... baru nak gali lubang jamban..hehehe..malam tu siang, siang menjadi malam...hmmm kesian juga...tapi apa la daya aku sekadar katilmate ni...masalah sendiri pun tak terpikul..
sehari dari balik raya, seperti biasala jam 8am je katilmate aku dah mula mengantuk...nak tido la...dah jam 10am macam tu, dia turun balik...siap mempersoalkan ...'apasal tak tunjukkan saya buku jiwa kacau ni?' aikkkk...tak tido lagi mamat ni? hmmm. aku diam je sebab tak tau nak cakap apa...'bestla buku ni? sapa bagi buku ni? bestla buku ni...hahahhaa...buku ni kelakau...hahaha buku ni buat aku tak boleh tido...hahaha'...macam tu la sepanjang hari tu berlalu...buku itu telah benar2 membuat jiwa katilmate aku 'KACAU'!
yang paling best, buku tu telah mengembalikan katilmate aku dari seekor kelawar yang berjaga malam dan membuta di waktu siang kepada seorang manusia kembali...hureeee..terima kasih penulis 'jiwa kacau'...dan orang yang telah menghantarnya ke tangan aku...
Aku nak mengesyorkan kepada kawan2. carila buku ini dipasaran..dapatkan yang original....
5 Comments:
As, nasib baik ko suka buku tu. Tapi dah agak dah, taste kita ni memang sama. Buku itu memang mempesona. Ia ada kesahajaan yang menggigit dan nilai humour yang berilmu. Memang ada juga beberapa entri yang 'ala-ala kadar' (biasa la, mana ada benda yang syumul 100%, kan?). Tapi overall, saya rasa buku tu memang sangat bagus. Satu alternatif baru kepada bidang pengkaryaan kreatif di Malaysia.
As, kelakar dengar cerita katil-mate ko ni. Tapi sabar jelah As.. dia kan memang begitu. Kirim salam pada dia. Saya dah viva As, tapi kena tunda kepulangan sebab nak buat pembetulan. Saya 'blank' bah masa viva dan tak berjaya defend dengan bagus saya punya tesis (ko tau la.. saya mana sempat prepare sebab masa tu kan dapat 'berita terkejut' dari Sabah. So, memang tension dan lain macam saja rasanya). So, patutnya saya hanya perlu 2 minggu untuk pembetulan.. tapi sebab prestasi viva tak bagus.. kena pula anjak sampai 6-8 minggu. Tak apa la kan.. pelan-pelan..
betulla rem. secara keseluruhan buku tu menyeronokkan sehingga terlupa yang sipi2 tak berapa elok tu...ahaks..sampai lemau buku tu..tak pernah aku baca buku setengah hari habis...alah rem jangan kelam kabut ma...buat pelan2.tak sempat juga ko ajar sem ni...
samurai : hait...boleh je tapi aku komen tak mendalam. tak pe ke?...samurai asyik ucap selamat hari raya je...hehe tapi tak pe la dah dapat buku sempena hari raya...tq
As, sama-sama kasih. :)
Selamat beraya sakan!
ahsuez ada kawan dari australia nak buku tu macam mana kita nak buat hantaran kat dia? dia dah melompat2 kat sanun nak tengok buku tu...
Kak, aku pun melompat nak baca, lepas baca rantaian komen korang yang bertubi-tubi. Macam mana nak dapatkan buku tu?
Selak citer lain jap, aku baru selesai mengotakkan harta dalam kotak yang pertama. Tiba masa nak mengalih kotak ke tepi, aduhai, kotak tu setinggi budak Cina kita, tapi lebih berat dari kembar!
Post a Comment
<< Home