Monday, October 24, 2005

Raya menjelma lagi

Bulan Ramadhan dah nak melabuhkan tirainya, bulan syawal sebenarnya tak kelihatan lagi. Syukur Alhamdulillah masih jua dipanjangkan usia kita menikmati bulan yang penuh barakah ini... Semoga syawal yang akan datang membawa seribu kegembiraan di wajah kita, walaupun terdapat ramai rakan taulan kita yang pastinya tidak dapat bergembira di hari yang mulia nanti.
Bercakap pasal raya ni, biasala sebenarnya kalu kat Malaysia ni, puasa baru separuh hari daripada hari pertama tetapi aroma raya itu sudah menusuk2 hidung. Orang dah mula bercakap pasal baju raya, kuih raya, lagu raya dan pastinya ...di mana beraya?
Hmmmm...sejak kecik2 dulu aku dok heran kenapala ada orang gaduh bila tiba hari raya..Kini baru kutahu..(ikut slang lagu Dewi Yull)...Rupanya jika dah berumahtangga, gaduh pasal kat mana nak beraya tu dah jadi asam garam kehidupan...samalah agaknya rasa jika suami lewat balik pada satu-satu malam tu rupanya...
Mungkin masalah raya untuk yang berumahtangga ni takla menjadi masalah jika pasangan suami isteri dapat berkompromi. Contohnya buat jadual. Tahun ni kat umah isteri. Tahun depan umah suami. Tapi, perjanjian ini juga ada kalanya gagal jika peraturan tersebut dilanggar @ tetibe je terganggu disebabkan masalah2 yang tidak dapat dielakkan. Contohnya, tahun tersebut si isteri bersalin atau sebagainya. Memang sah akan menjadi perang saudara (samalah juga apabila berbini dua dan buat perjanjian selang semalam kat bini tua, malam berikutnya kat bini muda.Tapi tetiba, malam seterusnya ada perkara yang tak dapat dielakkan,, hmmm ligat juga kepala si suami nak mula umah bini mana lak hehe...melalut lak cite raya ni).
Sebenarnya, fikiran yang menghantui mereka yang mengalami dilema sebegini adalah kerana dalam kepala otak diorang, selalu menganggap bahawa raya kat umah mak sendirilah yang best. Bukan kata mak mentua tak best tapi sebab masa ni la sebenarnya si anak tak kira yang pompuan atau lelaki, dapat mengimbau zaman kecik2 ditimang ibu, merasa betapa lazatnya airtangan ibu...dapat berkumpul ngn adik beradik dan sebagainya....Kalu kat umah mentua, semuanya asing..kecuali laki n mak mentua la..yang lain2 tu, ipar2 atau biras2 yang memang sah jarang ditemui..perasaan segan tu memangla ada...
Jadi bagaimana nak mengatasi masalah seperti ini? Takkan si anak balik umah mak bapa masing2 lak kan? Hmmmm nak buat oooooosom pun dah tak de maknanye..jadi, di bawah ini diturunkan beberapa penyelesaian yg boleh difikirkan bersama,
1. Kahwinilah jiran terdekat dengan anda
2. Kahwinlah dengan anak yatim piatu..besar pahalanya.
3. Kerjalah dekat2 ngn umah mak atau umah mentua
4.Bawalah emak, bapa, mak mentua, pak mentua beraya dengan anda di mana saja anda berada...hehe. Pas tu, anda bagi je diorang rehat masa raya tu...ni dah tua pun nak mak juga yang masak cit...
5. Tak yah kahwin la kalu susah sangat..dukla bawah ketiak mak anda..boleh beraya setiap tahun dengan mak selagi hayat dikandung badan..
heheheee...

18 Comments:

At 1:58 am, Blogger Yasmin said...

Nak tambah satu lagi petua boleh?
Kahwinlah ngan mualaf, tiap-tiap tahun boleh beraya kat umah mak. Janjinya raya cina ke, raya hindu ke, raya krismas ke, atau raya-raya lain, rajinkanlah gi bertandang umah mentua jugak.

 
At 1:14 pm, Blogger asmiaty said...

yeyeye..betul..satu cadangan yang sangat bagus..tapi kalu saudar baru tu sekeluarga masuk Islam, macamana cerita? kenala tiap tahun duk umah saudara baru tu...untuk memeriahkan hari raya mereka...ko ingat tak sam kita punya mantan penyelia asrama? dia dah masuk Islam dan kahwin ngn saudara baru juga..bukan kahwin dan masuk Islam tau..

 
At 9:49 pm, Blogger Yasmin said...

Alhamdulillah.
Kalau satu kuarga masuk Islam, kenalah pakai formula akak yang lima tu semula hehehehe.
Wah tahun ini, tahun pertamalah Sam beraya? Kirim salam sama dia dan isteri kalau berjumpa ya.

 
At 10:03 pm, Blogger asmiaty said...

min mana pegi c rem ngn blog2 dia? manjang tak boleh masuk je. hari tu dia kata nak pindah umah.nak buat kat blogspot sebab dia bengang tak dapat bagi komen kat sini sedangkan idea dia mencanak2...sampai tembus kepala dia

 
At 5:27 am, Blogger Yasmin said...

bah... indak payahlah sampai tembus kepala sekadar berbelog. Ada sudah dia sekarang dalam belog ini.

 
At 9:54 pm, Anonymous Anonymous said...

Boleh pun set cam gini. Yang gatal mengalahkan beruk bogel menari sampai diset supaya pemilik akaun saja yang boleh post buat apa?

Cakap pasal raya ni... yahooooooooo... saya akan balik pada 16 Nov 2005. UMS dah hantar tiket. So, masa saya sampai Sabah nanti.. kubur bapa saya masih merah bila nak pi ziarah.

As, apahal korang laki bini perang ni.. sampai raya pun tak tau kat mana. Nak senang, raya kat KK ja la!

 
At 10:46 pm, Blogger cenderawasih said...

ini pertama kali saya masuk di sini. dari gaya bercerita mmg selamba pemilik blog ini. saya tertarik dengan cara anda.

 
At 11:21 pm, Blogger Yasmin said...

Rem, siapa pula nak mengalahkan beruk bogel menari? Mari sia sediakan gendang dan rebana. Setting itu dibuat sebab beberapa minggu lepas, belog ini diserang pengganas komen, yang membabi-buta menembak komennya sana-sini. Maaf, imaginasi terlampau sikit. Maksud saya comment spammers lah.
Bah, baguslah, ko boleh komen sudah.

 
At 6:25 pm, Anonymous Anonymous said...

Dah habis cuti raya ke belum? Sunyi sepi macam kubur ja blog nih!

 
At 10:31 pm, Blogger asmiaty said...

rem...sapa kata kubur sunyi sepi rem oiiii..kat situla paling haru biru suara pekikan orang yang kena sebat..hehehe...sunyi sepi ni hanya sesuai untuk orang yang tak bercinta huahahaha...
apa hal blog ko tak buleh masuk aahhh

 
At 10:32 pm, Blogger asmiaty said...

haiiii zalissa...

 
At 10:54 pm, Anonymous Anonymous said...

Tu la pasal As. Benci betul dengan blogdrive ni. Memang ada masalah mau akses saya punya blog dalam sehari dua ni. Tak tau kenapa. Bila jadi gini, makin semangat nak tukar host. Ambil blog macam ko ni lagi bagus kut!

 
At 10:36 am, Blogger asmiaty said...

bukan sehari dua..sejak akhir ramadan hingga ke syawal ni aku tak boleh masuk blog ko...aku dah rindu ngn celoteh ko..ahaks...

 
At 10:37 pm, Blogger Yasmin said...

Betul Rem, server saya dengan kemampuan 10Mb/s, yang mengalahkan marathon kuda pun, tak boleh nak bukak belog ko. Kengkadang, kena tunggu sampai 5 minit baru dia muncul.

 
At 10:38 pm, Blogger Yasmin said...

This comment has been removed by a blog administrator.

 
At 10:39 pm, Blogger Yasmin said...

Rem, rumah baru di http://kundasang.blogspot.com/ kan ada?

 
At 2:27 pm, Blogger asmiaty said...

min gambar ko ni macam muka anak pak lah si nori tu hahahaaha

 
At 11:26 pm, Blogger Yasmin said...

dah si nori tu sepertiga melayu. senang sikit lah jadi pelanduk dua serupa.

 

Post a Comment

<< Home