Debat Naib Canselor ke- 5
Atas permintaan sahabatku yang berada nun jauh di benua Inggeris, inginku mencoretkan serba sedikit perjalanan Debat NC ke- 5 yang baru berlangsung seminggu yang lalu... Sebenarnya, dah cuti ni patutnya tak terlibat lagi dengan aktiviti kampus ni.Tapi nak buat camana, budak2 ni gi panggil jadi hakim, kesian juga...Akupun tak tahu apa telah terjadi sepanjang pertandingan ini berlangsung kecuali pada pertandingan akhir kerana aku ditugaskan untuk menjadi ketua hakim dalam pertandingan debat berbahasa Melayu...
Pertandingan akhir bahasa Melayu dan Ing. mempertemukan juara bertahan dari kolej B tapi kini dah digabungkan menjadi kolej AB (Anugerah Bestari) vs kolej baru (E -tak ada nama) kerana ketua kampungnya tak kreatif (hahahaha).
Sesampaiku di sana, cuma hakim2 je yang ada...hmmm mana pergi pegawai2...oh biasalaaa. Tetamu menunggu tuan rumah ahakss..
Pada pertandingan bahasa Ing, aku agak terperanjat apb mendapati seorang pendebat naik dengan hanya memakai 'top yg kecil-baju saiz anak aku yg berumur 6 tahun, dipakai oleh pelajar univ'...Jadi bayangkanla apa yg terjadi di atas sana apb pelajar ini bergerak apalagi mengangkat tangannya..tersembul segala pusat dan tali2 pusatnya...Ironinya, lawan mrk dari kolej AB elok lengkap dgn kot...Inilah beza antara kolej yg terjaga dan tidak (ahaks)...
Pertandingan bhs Melayu bermula dgn agak kelamkabut krn hakim yg sepatutnya datang dgn senang lenang membatalkan janji hanya kerana baru menyedari beliau akan ke majlis kenduri..sabo je la... lepas tu, tak ada pula ajk yg ajak hakim sebelumnya (bhs Ing) beredar dari tempat duduk wlp perarakan dwn untuk pertandingan bhs Melayu dah berlalu lama..Terkujat2 la pendebat2 n YDP atas pentas tu...Tanpa ada rasa malu dan bersalah, aku suruh ajk halau hakim bhs Ing berdiri krn aku nak duduk tempat dia hahahahaha....
Usul yang dibawakan ialah "Pilihanraya Kampus Masih Relevan"- hmmm bowingnya tajuk ni..macam dulu2 jak...Kalu tak silap, kerajaan dari kolej E kata premis pilihanraya masih relevan berdasarkan 2 rasional iaitu pemimpin pelajar yang dipilih diperlukan oleh mahasiswa dan keduanya kerana dapat membentuk kepemimpinan mahasiswa.. Merekapun membentangkan usul dgn gambaran proses2 pemilihan calon dan apa yg pemimpin pelajar akan lakukan setelah mereka berjaya...
Pembangkang terdiri daripada senior2 dlm debat universiti. Paling mengharukan sekali dan malah menjengkelkan hakim dan para penyokong kerajaan adalah kerana apb dibacakan biodata pendebat, elok2 je pendebat pertama memilih idola Latip Lai(hakim)..dan yang kedua idola adalah Asmiaty Amat..hmmmm sabo je la...Pembawaan mereka untuk menolak usul ialah tidak relevan atas rasional pilihanraya kampus dipengaruhi unsur2 luar. Mereka memberikan beban bukti kpd kerajaan dengan menunjukkan bahawa tidak ada unsur atau pengaruh luar yang mengganggu proses pilihanraya di kampus..
Hmmmmm...walaupun pihak kerajaan terdiri drp budak yg tak pernah berdebat, tapi aku betul2 kagum dgn pendebat pertamanya...sangat lancar dan conviencing. Pendebat ke3 nya pula mak aiiiii..berapi2 spt Datuk Bung Mokhtar Raden...Tapi bagus juga sebab dia telah menceriakan majlis yg spt suram apb kebanyakan perwakilan membaca data mentah...Menteri kerajaan ni dah la tak membaca, betul2 ada gaya menteri...dgn badannya yg sedikti tambun ditambah dgn slang2 Sabahnya..Kalu tak silap namanya Fairuz...Ketiga2 hakim telah memilih beliau mjd pendebat terbaik sementara aku dan Latip memilih yang pertama tadi....
keputusan juri 4-1 dan kemenangan pergi kepada pembangkang kerana mrk secara konsisten dapat memberikan hujah2 yang menggambarkan bagaimana pilihanraya kampus yang berlangsung sudah tidak relevan. Sementara kerajaan agak lemah pada keseluruhan hujah krn mereka lebih memfokuskan kepada bagaimana proses pilihanraya berlangsung tanpa menjawab beban bukti yang diberikan pembangkang. Selain itu, pendebat kedua betul2 telah mematikan kes mereka krn sbg hakim aku tak tahu apa sebenarnya yang beliau sampaikan.
ni je la yg dapat aku laporkan utk debat ni krn aku dah tak berapa ingat...
1 Comments:
Aslmkm
Ini jurry lah kak as...sorrylah malasmau log in...pasal debat naib canselor 5 tu bikin asaya berapi dan hilang sabar ke tahap ultraman sudah ooo.....bayangkan dorang minta saya datang jadi hakim hari pertama...saya tunggu macam dungu....sabar lagi....tunggu samapai jam 9.30pagi baru mula....ya Allah.....nak saya tenyeh ja muka dorang tu....sabar ja lah....entahlah kak...dahlah tu AJK dan peserta tengok kita macam nak cari gaduh...terus saya takmau jadi hakim lepas tu.....maradang baaaaahhhh..
Anyway harap2 budak2 tu akan insaflah kan/.,,,hehehe
Post a Comment
<< Home