Friday, November 11, 2005

Bulan cair

Hampir 2 bulan bandar KK asyik hujan je..tak kira pagi, petang, malam ataupun tengah malam..Hujan rahmat..Kalau pakar cuaca dah balik dari England, agaknya keluarlah segala teori2 dia yang mencanak tu untuk memaklumkan kepada kami bahawa akhir tahun macam ni bukan setakat angin kus-kus yang akan bertandang di bandar KK tetapi kadang2 ada juga ..la nina, la nano...tapi kat tempat kerja kami dah ada la nani...
Hujan...baik juga boleh suburkan tanaman, sejukkan suasana yang panas lebih2 lagi bahang dari laut yang sentiasa memberikan kepanasan di tempat kerja kami (walapun duk dalam pejabat ber..ac)...
Satu hari selepas hujan petang itu, kami anak beranak keluar merambu...Tetiba anak aku yang umur 6 tahun berkata "mama, kenapa malam ni bulan cair?". Tak sempat aku nak tergelak...adiknya yang berumur 4 tahun dan kembarnya dah tergelak semacam...Kalu kembar dia tu gelak, tak heranlah, tapi yang adik 4 tahun lebih2 lak gelak macam dia lebih faham dari kitorang yang tak sempat tergelak...
"Bulan Cair?" Aku tengok driver, driver kitorang tersenyummm je sambil berkata "...hmmmm dah mama dia mengejar matahari, anak dia merenung bulan yang cair leeeee".
"Bulan Cair?" Apa maksud anak aku yang sorang ni hah? Dia ni memang lain sikit dari adik dan kembarnya.
Disebabkan kereta tak berhenti, tak dapat juga aku melihat bagaimana keadaan bulan yang cair... walaupun beria2 kembarnya mengatakan bahawa bulan tak boleh cair..ais krim je yang cair, dia tetap juga dengan pendiriannya...Dalam hati aku berkata, agaknya yang dimaksudkannya dengan bulan cair tu, bulan separuh kut...(besar sikit dari bulan sabit)
Sampai rumah, akupun merenung bulan yang dikatakannya cair...Dia datang padaku..."mama tengok betulkan bulan tu cair?". Oh ! baru kufaham maksudnya...bulan tu malap kerana spektrum warnanya seperti berselerak disebabkan hujan.. agaknya...Oh ok..ok..benar bulan cair sayang...

5 Comments:

At 10:00 pm, Blogger Yasmin said...

Satu hari nanti, bintang berdegup.

 
At 2:22 pm, Blogger asmiaty said...

bulan jatuh keriba, bulan cair, bulan dipagar bintang, bulan kesepian, bulan berasmara?, bintang berdegup???? bintangku kesepian, bintang siang, bintang akademi fantasia..matahari kesejukan macamana????/

 
At 2:56 am, Blogger Yasmin said...

Kalau ikutkan ilmu astronomi dan intepret sebagai sorang Islam, bila matahari kesejukan, kiamatlah dunia. Ini tak bukan ajaran sesat, sebab ilmu astronomi tidak dapat ramal bila matahari akan menggeletar. Kembali ke square one, tiada orang tahu bila dunia akan kiamat.

Bintang di langit berdegup
kerna kepanasan
apinya meluap-luap
trus kita nampak
cahayanya mengenit-ngenit.

Bintang akademi fantasia berdegup
kerna kegusaran
adegan mencanak-canak
menggadai air muka
memancing undi SMS.

Bintang di langit berdegup
toko pasar malam lega
malam ini hujan tak jadi.
Bintang di akademi berdegup
toke ASTRO menang laga
pejam mata duit datang ngan undi.

 
At 3:00 am, Blogger Yasmin said...

Ralat: "Ini tak bukan ajaran sesat..."
Sepatutnya, "Ini bukan ajaran sesat ..."
Alamak! kengkadang ralat boleh bawa maksud yang sungguh lain sekali dari asal.

 
At 2:47 pm, Blogger Unknown said...

Bulan ciptaan Pencipta tetap tidak ada yang dapat menukar edarannya.
Bulan yang palsu memang perlukan manusia mengubahnya ikut selera.
Tidakkah budi pekerti boleh di ubah mengubah suai biar pun dengan cara bertatih.
Bulan palsu makna ikut persepsi jika ia bukan bulan yang ada di atas langit apa-apa saja boleh di tafsir asal tidak di saja-saja.

Cuma modal manusia adalah masa.
Lihat engkar kita pada masa hingga bulan berganti edar saat silih bertukar, berapa banyak jiwa manusia yang saja-saja di korbankan.Atas dasar apa rencana diputar-putarkan, antara 2 tingkah manusia yang kaya berharta darjat tak terkira bagaimana mudah tewas pada tipu daya, yang papa kedana miskin melata sedikit pun tak pasang ingin kuasa,bagaimana kehendak mereka sekadar dapat tenaga, keluarga gembira, sumber bumi hak mereka namun miskin terbiar di sapa sengsara, siapa antara ke duanya yang jelas tertipu oleh daya kuasa ?

Mengalih fakta memadam ciptaan yang azali berada di posisi seakan mengarah bahawa hilang demokrasi kerana kemampuan luar biasa berinteraksi memonopoli secara berdedikasi sesuka hati, ia adalah di benarkan dalam abad era terkini.
Beza bulan benar dengan bulan palsu samakah atau seerti katakah dengan propaganda provokasi tapi sensasi...
Bagaimana pula makna kata revolusi?
Sejarah yang pergi tidak mampukah sesuatu di ambil pelajari.

Syariat khazanah siapa antara 4 mazhab ?
Bukankah tetap milik kita.

Sah minda saya terbalik kerana rumit mencari makna bidalan kata 'baling batu sembunyi tangan'

 

Post a Comment

<< Home