Friday, November 11, 2005

Dapat Tengok Wayang Free

Sepanjang raya, stesen2 tv berlumba2 menayangkan filem2 tak laku kat TV...ahaks...tak laku ke?????? Tak perasan pula laku ke tak tapi yang pasti semuanya aku tak tengok kat panggung...

Hmmm macam2 filem ditayangkan...sehinggakan dalam satu masa, kitapun naik pening sebab dah asyik tekan punat tukar channel je masa iklan...Tapi walaupun asyik tukar2 channel, aku puas sebab dapat tengok semua filem yang ditayangkan tu bermula dari tv1, tv2, tv3, astroria, walaupun sekerat2...kadang2, aku dah terlelap 3 x baru filem habis..hehehe..
Lepas dah tengok filem2 yang dikatakan mengaut juta2 untung ....aku merasa sangat gumbira kerana aku bukanlah salah seorang penyumbang kepada untung juta2 pembuat filem tu..syukur...
Manala taknya, dah sampai takat ni, dengan slogan 'wayang sapa kalu bukan wayang kita' digembar-gemburkan...rasa kalu keluar panggung, rasa nak tutup muka je sebab takut orang gelak kita tengok filem tu..
Aku ni bukanlah pakar dalam mengkritik filem2 ni...cuma pandangan orang biasa..tak sangka juga masih ada adengan yang tak logik dalam filem Melayu ni..ye la contohnya, seorang perempuan lari dari rumah malam tu, dia lompat dari tingkap, jam yang dipakainya tu jam yang bertali warna biru, kenapa tetiba dia dah sampai kat tanah yang dilompat tu, jam dia dah bertukar jenis dan warna?...ish..ish...nasib baik anak aku tak perasan...macam mana nak jawab?...kalu setakat jam je bertukar tak pe juga..ni eye shadow pelakon tu pon dah tukar warna masa dia lompat tu...sabo je la..
pas tu, ada satu adengan dari satu filem seorang profesor tu...orang gila tengah bersembunyi di balik.. kononnya rimbunan pokok tapi yang nampak dua tiga helai daun lalang...pelakon tu siap nak selak2 lalang tu kononnya untuk menunjukkan dia bersembunyi dan cuba untuk melihat keluar...sedangkan kita dari luar skrin ni tak nampak pun dia macam sembunyi sedangkan orang yang tengah mencari orang gila ni dah naik juling mencari orang gila yang dikatakan bersembunyi tu...huhuhu
ni baru sikit je yang dapat aku ingat...kalu aku dapat catatkan semua kesalahan2 teknikal yang tak sepatutnya berlaku dalam industri ni, agaknya tak ada orang buat filem lepas ni sebab ada pula penonton yang begitu prihatin terhadap masalah titik bengik macam ni...

9 Comments:

At 9:52 pm, Blogger Yasmin said...

Banyak filem Melayu ni nak tiru dari pengarah filem Hindi kot. Dalam satu lagu, bukan saja celak atau gelang bertukar warna, sepersalinan sari boleh tukar, dari puncak gunung golek ke tepi sungai di lembah. Sampai ada orang India di India ingat salji itu tidak sejuk langsung, sebab pelakon wanita dia gembira menari-nari dengan sari dalam salji!

Terpesonglah pulak, dari filem Melayu pegi filem Hindi. Aku tengok, kalau kugiran Melayu kita asyik nak tiru rapper kulit hitam Amerika dengan T-shirt tiga kali saiz badan, seluar jeans dua kali londeh dari panjang kaki, buntut jeans tergantung dua jengkal bawah produk cap gantung, pengarah Melayu nak tiru pulak dari pengarah Hindi kot.

Yang aku heran, yang baik tak ditiru dengan jayanya, yang jengkel ditiru sampai lagi jengkel jadinya.

 
At 10:04 pm, Anonymous Anonymous said...

As, amboii.. sibuk dengan kritikan filem pula dah! Ko fokuskan la bah kritikan ko pada sastera Sabah. Saya mau sangat tengok perubahan dalam dogma penulisan karya kreatif di Sabah. Biar ko muncul jadi pengkritik yang berani. Jadi jadi 'confirmst' macam Daniel dan lain-lain tu. Buat apa mau 'ulas' dan 'bahaskan' benda yang sudah biasa-biasa. Cubalah cari isu yang betul-betul akan membangkitkan persoalan falasfah, pendekatan dan bakal mendefinisikan semula alam perspektif para sasterawan Sabah.

 
At 2:20 pm, Blogger asmiaty said...

min memang sejak dulu kala filem melayu dibayangi filem India..dulu2 yg filem itamputih banyak dibuat oleh producer india. jiwa filem melayu sebenarnya berjiwakan filem india..perangai org malaysia pun dah nak dekat dah dgn org kat hindustan tu..makanpun roti canai hehehe..

rem ala rem give me a break ceh wah...aku tengah boring bah bagi can aku tengok tv sikit..pas tu boleh aku kutuk2 filem free tu..kalu asyik sastera je..anti lari pembaca yg tak minat sastera...lagipun bagi can dulu pengkritik2 lain cari makan ahakssss...
aku seramsejuk sikit kritik karya penulis sabah..walaupun dah mula berani cari nahas...


hei guys....samasudin dah masuk blok ....

 
At 2:30 am, Blogger Yasmin said...

abis, napa pengaruh cina kurang lak? manyak pilem P Ramlee diterbitkan oleh Run Run Shaw, tak silap aku.

enam meter kain sari membaluti tubuh yang bergolek dari puncak gunung ke lurah lebih serasi ngan ronggeng dan joget?

kung fu pulak tak serasi ngan pencak silat?

Rem, dalam mengkritik filem pun tak semestinya terbabas dalam arus conformist.

 
At 2:33 am, Blogger Yasmin said...

Kak, Din masuk blok asrama ke? blok belog ini ke? blok PALAPES ke? blok golongan bapa ke? aku rasa jawabnya adalah ya kepada lebih dari satu soalan?

Din, kalau ko dah masuk belog, napa diam je? Bukalah mulut sikit, biar kitorang dengar suaramu yang lunak. Kalau asyik tak buka mulut je, takut air liur basi lah pulak. Komplen pula si isteri :D Jangan marah ya... aku mengacah ja.

 
At 11:22 pm, Blogger asmiaty said...

pija, ohh itu tikar buruk? berapa kali dah astro ulang, tak pernah habis cerita tu aku tengok...
ko dah baca pasai jafar rahim nak suruh jemput mawi buat ceramah kat universiti..supaya budak2 semangat sikit nak belaja...katanya pensyarah sekarang cakap membosankan..ayyo...mawi dah disamatarafkan ngn pensyarah????

 
At 11:25 pm, Blogger asmiaty said...

blog belog la min oii..dia gelak2 je...

filem banyak diterbitkan oleh runrun shaw tapi diarahkan oleh pengarah dari india sanun...kalu tak silap, p ramlee diperkenalkan oleh seorang pengarah dari india. tengokla filem2 awal dia..asyik nak bunuh diri je kalu frust becinte..belum agi dia cucuk mata

 
At 11:31 pm, Blogger asmiaty said...

rem sorry, macam lain pulak yang aku balas kat ko dalam email tu..hehe..masa tu fikiranku melayang2...macam keluar tajuk pula ahaks sori ya...tapi cadangan ko tu ok sangat

 
At 5:06 pm, Anonymous Anonymous said...

As, balasan ko kat email tu.. tak ader la pula keluar tajuk. Napa ko fikir keluar tajuk? Masih lagi sama tajuk dan tema bah tu.

Tapi memang saya sokong sangat kalau ko buat kritikan yang ala-ala lantang sikit. Jangan jadi confirmist masa yang diorang-diorang tu. Kerjanya asyik nak puji dan ulas hal-ehwal teknikal. Menyampah betul kekadang. Tak ada gagasan yang bersifat menuntut perubahan..

 

Post a Comment

<< Home