Wednesday, March 29, 2006

Indahnya Rasa Itu

Segumpal darah merah yang kian membentuk
warna peribadi dan bentuk rupa
mula mengembang mesra di dalam rahim

Perut yang selama ini kosong-mual
mula dihiburkan dengan gerakan manis
dari kurniaan Tuhan yang paling sempurna

Anakku,
Kau telah lenyapkan ngilu ibu
dengan sentuhan listrikmu

Kau lontarkan loya ibu
dengan senggolan nakalmu

Kau padamkan gundah ibu
dengan irama degupan jantungmu

Kau sirnakan segala kesakitan
dengan kasih sayangmu yang tidak bertepi

Letih dan lelah telah kau lontarkan
dengan geselan mesramu
yang mengisyaratkan kesabaran...

perkongsian rasa dan segalanya
menjadikan kita lebih bersemangat
dan tidak sabar untuk bersua...

Azimat yang diberikan Tuhan
tidak mampu dibalas dengan hanya
mengucap SYUKUR...

3 Comments:

At 4:07 am, Blogger Yasmin said...

Kau pemberian Tuhan
akan ibu tatang
dengan kasih
dariNya
keranaNya
dengan janji shahada.

 
At 10:15 pm, Blogger annyss said...

As,
Indah entri kau kali ini. Sebagai ibu, syahdu membacanya.

-nisah-

 
At 7:47 am, Blogger Saiee Driss said...

Assalamualaikum

Saya singgah setelah ketemu nama Dr Asmiati yang saya pernah kenali dalam satu seminar di KK beberapa tahun yang lalu. Kalau tak silap 100 Persuratan di Borneo. Harap boleh berinteraksi selanjutnya mengenai sastera dan penulisan.

 

Post a Comment

<< Home