Kisah Seketul Kepala Ikan
Hmm lucu juga rasanya membaca akhbar dan mendengar berita dalam seminggu ni. Gara-gara harga minyak naik, isu kepala ikan yang berharga RM45 telah menjadi isu yang hangat diperkatakan. Memang tak logik langsung kepala ikan dengan kuah dan sebiji telur ikan sebesar ibu jari diletakkan pada harga RM45. Kira sabar juga mangsa itu kerana jika saya yang menjadi mangsa, agaknya saya campak balik kuah ikan dan kepala ikan tu ke dalam periuk penjual tu. Memang melampau juga jika difikirkan harga yang diberikan makcik Sapiah tu. Tapi biasala peniaga selalu berfikiran macam tu. Baru-baru ni, kawan saya rasa macam nak menangis apabila mengambil lauk ikan kembung goreng dengan nasi kosong diletakkan dengan harga RM3.00 sedangkan ikan kembung kat pasar khususnya di Sabah, RM3.00 untuk 1 kilo.
Tapi nak buat camana ? Dah dibuatnya orang2 macam kitorang (yang bekerja@ yang sewaktu dengannya, malas memasak @ yang sewaktu dengannya) memang tidak punya pilihan lain, selain membeli dan membeli dan membeli...terkena pula restoran makanan di sekitar Kota Kinabalu bukan main payah untuk dicari..yang sedap...tapi yang mahal dan buat servis macam hampeh memang banyak...(tu sebab rasa berbaloi g makan kat Padang !). Dan pastinya, tidak banyak juga restoran yang boleh survive kat Kota Kinabalu ni. Padan muka pengusaha2 restoran yang akhirnya terpaksa tutup kedai kerana orang2 Kota Kinabalu telah memboikot mereka...Kuasa memboikot orang KK ni memang best juga...