Anak-anakku semakin petah mempersoalkan itu dan ini. Kekadang mood orang mengandung yang tak menentu ni naik berang juga dengan persoalan mereka yang ada kalanya, aku tek reti nak jawab atau aku malas nak jawab. Teringat masa belajar dulu, pensyarah sering berkata, zaman ni, soalan 'apa?' dah tak bermakna. Soalan 'kenapa?' dan 'mengapa?' yang harus wujud dalam kepala. Hmmm, itu zaman aku kat universiti. Ni, anak2 zaman sekarang baru tadika dan darjah 1 dah tanya soalan 'kenapa?', 'mengapa?'..tak ada dalam dairy mereka soalan 'apa?'.
1. Anakku yang baru berusia 5 tahun, Hud namanya. Disebabkan dia anak laki-laki, dialah jadi hero di rumah kami. Baru-baru ini, dia mempertikaikan mengapa orang yang duk di rumah kami hanya dia seorang laki-laki? Dia bosan kerana dia tak ada kawan laki2 kat rumah tu. Dia tanya kenapa kawan2ku hanya ada seorang je lelaki kat umah mereka, iaitu suami kepada kawan2ku (maksudnya, semua anak2 mereka perempuan).
Hud adalah orang yang paling gembira bila tahu aku mengandung. Dia sangat mengharapkan dapat adik laki-laki. Semasa aku ke klinik, dia siap cakap dengan Dr. "Dr, tolong ya. Saya mahu adik laki-laki!". Dengan senyum2 kambing Dr menjawab, "Oh itu abang kena minta dengan Tuhan". Maka setiap hari Hud akan mengusap perutku sambil berdoa. "Oh Tuhan, berilah saya adik laki-laki. Semua adik2 dekat kawan mama beranak perempuan". Ketika aku cuba untuk mengatakan bahawa kemungkinan adik dalam kandungan perempuan, dia akan menangis semahu-mahunya sama seperti menangisi dua kawan aku yang baru melahirkan anak dan kedua-daua anak mereka adalah perempuan.
Baru-baru ini ketika tayar kereta adik yang ambil kami kat airpot pancit, Hud dengan selamba berkata "kan dah susah tak ada laki-laki"..."kenapa dunia kurang laki-laki mama?"
2. Anakku yang pertama-Adlin namanya. Umur 6 tahun, dan punya adik kembar namanya Adnin. Kalau adik dia terlalu obses ngn adik laki2, yang seorang ni kalau tengok benda dan tak bertanya tak sah satu hari dalam hidupnya. Kekadang aku naik jengkel dengan soalan2nya yang bertubi2 dan tak kena pula masa soalan itu dikemukakan.
Baru-baru ini Adlin bertanya, "mama, kenapa orang yang berkahwin harus mengandung dan beranak?". Nasib baik la, aku ada jawapan tepat untuk soalannya. "Oh tidak semestinya. Tengok mak ngah dan pak ngah, dah kahwin tapi tak ada anak kan?". Dia pun mati akal untuk bertanya.
Dua hari yang lalu, aku membawa anak2 ke salon untuk memotong rambut mereka. Sementara menunggu Adnin dipotong rambut, Adlin mencapai sebuah majalah wanita yang terpampang gambar pengantin. Dengan muka naif Adlin bertanya, "mama, mereka dah berkahwin kan? (dengan merujuk kepada gambar pengantin pelakon drama yang menjadi cover majalah tu). Aku cuma mengangguk tanda setuju. Tetiba je dia bertanya lagi "mama sapa yang sakit ketika bersama ?" "kenapa dia sakit?". Aku pun melihat semula cover majalah tu. Rupanya, pada cover tu ada tajuk2 Sakit Ketika Bersama? Aku dah hilang punca. Macamana nak jawab. "Oh! Tak tahulah sapa yang sakit dan kenapa, kak ngah. Mama tak baca lagi majalah ni"! Aku mematikan soalannya kerana sebenarnya aku tak tahu nak jawab apa!
Itulah antara soalan2 cepu emas daripada anak2 yang aku betul2 tak reti nak jawab. Jika sekadar soalan " kenapa perempuan tu merokok? Kenapa dia tak takut Tuhan"? bolehlah juga aku menjawabnya. Kalau soalan2 seperti "Tuhan tu siapa? " "Tuhan tinggal kat mana?", terpaksa juga aku tarik nafas dalam2 baru boleh nak jawab soalan2 mereka.