Friday, January 13, 2006

Puisi Seorang Wanita

Pengalaman Wanita 11

Pada ketika itu
Lidah terasa pahit
Tekak terasa loya
Perut menghambur isinya
bila-bila saja
di manapun jua

Dunia bagai berputar
pandangan berpinar-pinar
Ulu hati bagai disiat sembilu
perit...
ketika sendi dan urat saraf terasa menggelegak
keringat dingin mengalir pada tubuh yang berbahang
Keinginan pada perkara yang sukar untuk dimengerti
Bukan perkara luar biasa
atau bisa saja tidak punya selera untuk apapun
kerana orang tersayang juga akan menjadi musuh
bau badannya sahaja amat memeritkan
Oh Tuhan, sakit apakah yang kuderitai ini?
semua serba tak kena
segalanya amat menyebalkan
Itulah bahagian
cinta yang disirami kasih
telah berbuah
hasil dari restu Tuhan
pada hambanya...

Friday, January 06, 2006

Seminggu Hari Persekolahan 2006

Tahun 2006 yang menyaksikan permulaan hari persekolahan anak-anakku di tahun 1 turut menyaksikan perubahan rutin hidupku. Ah tidak!!! kini berakhirlah perangai tido lepas subuh atau selalu tersasar pun...Syukurlah..mudah-mudahan rezeki tahun ini melimpah ruah. Amin..
Jadual hidupku bertukar, ibarat ibuku di zaman kami kanak-kanak. Lepas subuh, seawal jam 5am, kena sediakan sarapan dan bekal untuk dibawa anak-anak ke sekolah. Rasanya lebih afdal daripada memberikan mereka duit untuk membeli makanan di kantin yang kita tidak tahu rasa dan khasiatnya. Dah hantar kembar ke sekolah yang masuk jam 7am, kena patah balik siapkan dan ambil pula adik mereka untuk dihantar ke sekolah tadika...Oh tidak..rasa nak tercabut skru lutut. Lagipun suami jauh di perantauan, macam ni la rasanya ibu tunggal menguruskan anak-anak mereka.
Semuanya harus ditempuh. Mengajar diri erti kesabaran, (sebenarnya, akulah orang yang paling tidak sabar!) Apalagi jika terperangkap kat jalan raya yang sesak. Dalam aku cuba untuk menahan diri bersikap sabar, anakku yang lelaki pula sibuk menjerit kat kereta orang jika berlaku kesesakan..oh tidak! Anakku dah pandai memaki pula kat orang lain jika berlaku kesesakan! Hmmm lepas ni, kena berhati-hati ketika memaki hamun. Jangan depan anak!!...
Hari pertama sekolah, anak kembar ke2 bernama Adnin sibuk melaporkan apa yang cikgu ajar kat sekolah. Dia membebel kerana cikgu ajar ABC..BA..CA.."Dia kata sekolah tu ketinggalan zaman sebab ajar benda yang dia dah belajar kat tadika". Hari kedua, dia komplen, "kitorang datang subuh-subuh kat sekolah, tapi cikgu masuk kelas lambat! Kenapa mama? " Oh Tidak ! Anakku dah pandai kutuk cikgu dan sistem persekolahan....Agaknya masa mengandungkan depa, aku banyak komplen kut...kuuur semangat...lepas ni, kena berhati-hati di hadapan anak-anak....

Thursday, January 05, 2006

Bulan yang sibuk

1. Rasa-rasanya bulan Disember 2005 merupakan bulan yang sangat sibuk buat aku, sehingga tak sempat nak meluahkan isi hati kat blog ni.
Mula-mula saja menyibukkan diri mengikuti kursus menilai tahap kecekapan kat jabatan pada 5 hingga 10hb Dis. Bukannya nak naik pangkat ke ape..saje memenatkan badan dan yang paling penting mahu bersama rakan-rakan yang pernah bersama mengikutinya sebelum ini. Ye la jika ambil lain masa, kekok pula di hadapan rakan-rakan baru. Kursus tu seminggu je tetapi rasa letih otak dan fizikal hingga kini terasa. Ye la dah tua-tua ni nak kena baca nota dan exam, buat kertas kerja dan bentang depan panel rasa macak kekokla pula...Namun, akhirnya semua telah berakhir. Lulus gagal belakang kira, yang penting dah selesai satu tugas dunia...
2. Lega dah hantar kertas kerja, oh tidakkkk sebelum cuti persekolahan berakhir, aku harus membawa anak-anakku bercuti..dan pastinya aku juga perlu merehatkan badan. Kamipun terbayangkan tempat yang paling hampir, murah dan selamat. Ujung Pandang, Indonesia. Hmmm dengar ceritanya, naik ferry best..oh kawanku faezah good bye...aku tak dapat menunggumu kerana kau sibuk menerima menantu!
3. Nasib baik tak bawa faezah kassim. Kalu ingkutla makcik tu, alamat pengsan dengan percutian ni..Bukannya apa, tak dapat nak digambarkan keadaan di dalam ferry tu. Keadaan ferry ok. selamat. Apa yang memenatkan ialah kerana orang yang naik ferry adalah manusia yang tidak memiliki peraturan. Ya biasalah...orang yang mungkin kurang pendidikan..tapi kasihan juga..Sempat juga anakku berkata "mama orang tu langgar angah tapi dia tak minta maaf!". "Sorry sayang, di sini bukan tempatnya untuk berbasa-basi atau menunjukkan kesantunan. Di sini orang perlu cepat..dan cepat..dan cepat..Tapi sebenarnya tidak tahu apa yang dikejar oleh orang-orang yang ingin cepat itu!".
Naik ferry dari Nunukan, singgah ke pelabuhan Tarakan dan Balik Papan. Selama dua hari baru sampai di pelabuhan Pare-pare dan kami harus turun di situ. Demikian masa kembali ke Malaysia, bertolak dari Pare-Pare, singgah di pelabuhan Pantoloan dan akhirnya Nunukan. Sehari selepas kami sampai pada 29hb, Palu yang lebih kurang 5km dari pelabuhan Pantoloan telah dibom. Alhamdulillah, kami telah sampai di Malaysia. Sebenarnya, naik ferry seperti itu, tidak sesuai untuk jiwaku. Rasanya itulah kali pertama dan terakhir untuk aku mengikutinya. Bosan teramat bosan walaupun di atas ferry itu lengkap dengan panggung wayang, cafetaria dsb.
3. Akhirnya tahun baru 2006 aku rayakan di Malaysia. Sibuk belum berakhir kerana harus...mendaftarkan anak-anak ke sekolah. Hantar mereka pergi dan pulang..oh tidaaaakkkkkk.......