Kisah kelakar di kerajaan Kelawar
Ini kisah sedih yang lucu. Pada zaman antah berantah, ada beberapa orang dayang telah mengambil bahagian dalam acara menjahit di kerajaan Kelawar. Acara tersebut wajib diikuti oleh semua pekerja di kerajaan kelawar untuk mendapat gaji yang lebih baik. Setelah pertandingan selesai, beberapa orang dayang telah diisytiharkan gagal kerana beberapa kesilapan seperti tidak pakai sarung kaki semasa menjahit, tidak memakai cermin mata atau tidak memakai tongkat sakti semasa menjahit. Disebabkan kegagalan tersebut, seorang dayang bernama Sri Tanjung kecewa dan telah tawar hati untuk mengulang semula acara tersebut. Dayang tersebut tekag berpindah ke negeri yang lebih makmur yang dinamakan negeri Siantan. Setelah Dayang tersebut hidup senang lenang di negeri Siantan selama beberapa purnama, tiba satu perutusan dari negeri Kelawar berupa sijil lulus dalam pertandingan yang telah diikutinya beberapa purnama di kerajaan kelawar itu. Dayang tersebut amat bingung kerana, dia tidak pernah mengambil bahagian dalam acara menjahit setelah dia gagal kali pertama dan dia juga bingung kerana setelah beberap purnama dia berpindah, mengapa orang masih meletakkannya sebagai salah seorang dayang di negeri kerajaan Kelawar. Apakah maksud cerita tersebut ? Adakah ahli awatankuasa pertandingan yang melihat acara menjahit itu telah tersilap pertimbangan sehingga menyebabkan dayang tersebut gagal ? @ adakah kegagalan yang digembar-gemburkan itu hanyalah rekaan semata-mata ? @ adakah kebijaksanaan pihak jawatankuasa yang ada sekarang sangat cemerlang sehinggakan orang gagal boleh mendapat sijil lulus tanpa ada ulangan pertandingan ? Fikir-Fikirkan.....
2 Comments:
salam..sangat terkesan bingkisan Pn..tersirat maksudnya..btw sy ni ex student Pn. tahun 2002-2005.
hasil tangan yang membawa makna walau di baca sepintas lalu. dayang tersebut mungkin mengalami situasi 'catch 22'-nda tau apa mau buat walaupun menerima anugerah yg sampai nda tepat masa. :-masuk via Naked Climatologist-beliau sedang membuat uban merangka aktiviti dan mencari kemantapan idea.
Post a Comment
<< Home