Friday, November 18, 2005

Puisi seorang feminis

Inilah dia satu contoh puisi seorang feminis Melayu. Rasanya belum ada penulis wanita yang berani memaparkan kisah pengalaman biologis mereka lewat karya selain cerita-cerita bersalin. Agaknya mereka malu untuk berkongsi dengan masyarakat bernama lelaki. Usah gentar dan malu kerana ia adalah satu keistimewaan yang telah Tuhan anugerahkan. Maaf jika ianya langsung tidak puitis sebagaimana selayaknya...



Pengalaman wanita (1)

Pada setiap bulan
ada kuasa menerjah dinding rahim
mengalir darah hanyir
sempurna satu kitaran hidup

pedih yang perih
ngilu yang asyik
darah pekat keras
adalah tanggung jawab

tidak semua mampu merasa
nikmat bahagia
tidak tergambar
tidak mampu diucap
satu kebanggaan

hadirnya memberi keinsafan
seribu tanda tanya
pada ‘rasa’ yang begitu ‘tajam mencengkam’

sakit yang mencucuk itu
adalah mukjizat
menatang hari muka
menjadi latihan
menentang derita

Tuesday, November 15, 2005

Gejala ‘Kutuk Mengutuk’ dan ‘Ampuh Mengampu’.

Gejala kutuk mengutuk dan ampu mengampu sebenarnya telah wujud sejak manusia diciptakan lagi. Amalan ini berlaku dalam semua masyarakat. Dikesempatan ini, aku ingn membicarakan tentang gejala ini dalam konteks masyarakat Malaysia kini yang dikaitkan dengan Mawimania dan juga peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam sebuah organisasi
Senario 1
Cerita tentang Mawi AF3 bukan lagi sebuah fantasia. Di mana-mana ada wajah lurus bendul jejaka terhangat di pasaran bernama Mawi. Inilah gejala hedonisme yang memperlihatkan masyarakat menjadikan hiburan sebagai bahan pelarian daripada tekanan hidup. Mawi yang pernah kecundang kini menjadi buruan syarikat rakaman dan composer. Itulah penangan ketentuan Ilahi. Sebelum Mawi menang, telah wujud beberapa orang mengangkat diri sebagai presiden Mawi fan club. Hmmm….rasanya P.Ramlee tak ada fan club boleh dikenang sampai kini. Mawi yang tidak dan belum dikenali diampu dengan dokongan yang begitu memeranjatkan daripada kelab peminatnya.

Walaupun Mawi bernasib baik, tidak kurang yang membenci dirinya! Buka sahaja saluran 15 astro, bermacam-macam cacian diberikan kepada budak yang baru ingin mengecapi kemewahan. Sakit hati dan jiwa lara orang yang tidak puashati dengan pemilihan Mawi sebagai juara bertambah membusung apabila Mawi turut mengungguli vokal dan persembahan pada malam AF final. Tidak tahu apa sebenarnya yang menyebabkan orang yang mengutuk itu begitu jengkel dengan Mawi. Sedangkan Mawi tak buat salahpun selain pernah lupa lirik dan melodi.Mereka tidak sedar Mawi hanya manusia biasa yang tidak tahu apa suratan Takdir yang ditentukan buatnya.

Wartawan pula, disebabkan tugas mereka melariskan akhbar, mereka sanggup tunggu di depan rumah Mawi, menyelongkar segala cerita silam budak itu. Cerita dijadikan bahan mengampu peminat Mawi (ramai beli surat khabar/majalah) atau jadi bahan hinaan orang. Ahli politik yang agaknya tak ada benda nak dibincang, turut menjadikan Mawi sebagai bahan ucapan mereka di parlimen. Tapi paling sadis, apabila rakan artis berbondong-bondong memberikan komen terhadap juara sms pilihan penonton ini. Kalau setakat menyanyi album tak laku, janganlah beri penghinaan kepada rakan sendiri. Malaysia negara demokrasi. Kalau telinga orang memang suka bunyi yang ada sumbang-sumbang sikit nak buat macam mana? Adalah lebih wajar mereka meminati penyanyi bersuara sumbang daripada penyanyi lelaki bersubang telinga, penyanyi perempuan menayang ketiak hitam dan pusat tersembul!

Layakkah sesama artis memberi restu atau tidak kepada orang lain yang ingin mencari rezeki dalam dunia hiburan? Ia umpama penjual ikan masin yang melarang penjual telur masin berniaga! Benar-benar lucu bukan? Memang benar teknik nyanyian Mawi tidak berapa betul tetapi berilah dia peluang untuk belajar. Takkanlah kita mengharapkan seorang anak peneroka mempunyai suara yang celik-celik je dapat suara merdu bak buluh perindu (walaupun ayahnya dulu banyak menebang pokok buluh). Siti Nurhalizapun rasanya banyak berlatih menyanyi sejak dari kecil, lebih-lebih lagi Jac yang menjadi penyanyi di pub. Mawi pula banyak menghabiskan masanya belajar mengaji Quran ataupun membantu keluarganya mencari apa jua rezeki yang halal.

Tambah kabut kehidupan artis-artis lain apabila Mawi direbut oleh pelbagai syarikat untuk dijadikan duta. Dari syarikat kereta hingga ke mee segera. Lambat pula syarikat pencukur rambut mengambil Mawi. Itulah Mawi. Jadi Ibu duit. Orang yang berusaha konon-kononnya menjadi tulang belakang Mawi tentulah ajk kelab peminatnya. Tapi kita lihat sampai bila mereka boleh menjadi pengampu kepada perjalanan seni Mawi. Manusia yang diampu kerana kejayaannnya, dan dikutuk kerana kejayaannya juga.

Masyarakat Malaysia memang tidak ada kuasa pengimbang. Kalau nak kutuk, kutuk sampai mati. Kalau nak ampu, ampu sampai konyol! Begitulah dunia hiburan. Setiap detik dan ketika, ada idola baru akan muncul. Cuma masyarakat sahaja yang belum pernah berubah!

Senario 2
Nasib Mawi ni sebenarnya nak dijalinkaitkan dengan satu isu yang sama tetapi berbeza. Ia adalah isu kepemimpinan sebuah organisasi. Seorang bos akan dipuji melambung oleh orang yang dikenali sebagai pengampu. Mereka akan mengampu sehingga hal peribadi yang bos tersebut sendiri tak perasan. Orang-orang yang melambung dengan ertikata lain mengampu itu, bukan melambung semata-mata kerana keikhlasan hati tetapi berlandaskan kepentingan diri sendiri. Disebabkan bos yang dilambung itu di awang-awangan, pengampu-pengampu ligat di bumi menari pelbagai rentak. Bukan setakat menari, pengampu-pengampu juga akan berusaha membisikkan madah berhelah ke telinga bos betujuan melenyapkan rezeki orang lain. Dengan kata lain, selain mengampu, mereka juga berupaya menjadikan orang lain untuk menjadi mangsa sifat keji mereka! Bos yang berada di awang-awangan pula bukannya ada masa nak periksa satu persatu, malah mereka akan ikut sahaja apa kata pengampu-pengampu ini dan menjatuhkan apa jua hukuman kepada mangsa-mangsa tersebut.

Bulan berganti tahun dan demikianlah putaran hidup. Hanya Tuhan yang berkuasa. Jika bos tersilap sedikit atau terlupa pada jasa pengampu (ramai sangat- bos sendiri tak boleh ingat), dan pengampu dah tak larat nak meminjamkan bahunya untuk dipijak sang bos, berlakulah pusingan hidup sebagaimana kehidupan artis-artis tadi. Jika dah letih mengampu bos, atau tidak diberi keistimewaan selayaknya, kesalahan bos akan dicari dan dicanang keliling negeri. Wujudkan pula idola baru untuk dijadikan galang ganti kepada bos lama. Beginilah realiti kehidupan masa kini. Walaupun bos yang lama bertukar dan baru mula menunjukkan kuasanya, pengampu, pengutuk akan tetap menjalankan tanggung jawab mereka sehingga ke titisan darah terakhir. Jika bos baru tidak dapat memberikan kepuasan hawa nafsu pengampu-pengampu, alamatnya bos baru akan menerima nasib yang sama. Pengampu-pengampu akan terus menari! Mereka akan terus melolong! Umpama anjing melolong di waktu malam gelap pekat!

Berilah peluang orang lain mengecapi rezeki yang telah Tuhan tentukan kepada mereka. Kebahagiaan orang lain adalah kebahagiaan kita bersama. Gejala kutuk mengutuk dan ampu mengampu yang hanyalah satu perkara buruk yang akan menjadikan manusia makhluk yang hina.

Friday, November 11, 2005

Dapat Tengok Wayang Free

Sepanjang raya, stesen2 tv berlumba2 menayangkan filem2 tak laku kat TV...ahaks...tak laku ke?????? Tak perasan pula laku ke tak tapi yang pasti semuanya aku tak tengok kat panggung...

Hmmm macam2 filem ditayangkan...sehinggakan dalam satu masa, kitapun naik pening sebab dah asyik tekan punat tukar channel je masa iklan...Tapi walaupun asyik tukar2 channel, aku puas sebab dapat tengok semua filem yang ditayangkan tu bermula dari tv1, tv2, tv3, astroria, walaupun sekerat2...kadang2, aku dah terlelap 3 x baru filem habis..hehehe..
Lepas dah tengok filem2 yang dikatakan mengaut juta2 untung ....aku merasa sangat gumbira kerana aku bukanlah salah seorang penyumbang kepada untung juta2 pembuat filem tu..syukur...
Manala taknya, dah sampai takat ni, dengan slogan 'wayang sapa kalu bukan wayang kita' digembar-gemburkan...rasa kalu keluar panggung, rasa nak tutup muka je sebab takut orang gelak kita tengok filem tu..
Aku ni bukanlah pakar dalam mengkritik filem2 ni...cuma pandangan orang biasa..tak sangka juga masih ada adengan yang tak logik dalam filem Melayu ni..ye la contohnya, seorang perempuan lari dari rumah malam tu, dia lompat dari tingkap, jam yang dipakainya tu jam yang bertali warna biru, kenapa tetiba dia dah sampai kat tanah yang dilompat tu, jam dia dah bertukar jenis dan warna?...ish..ish...nasib baik anak aku tak perasan...macam mana nak jawab?...kalu setakat jam je bertukar tak pe juga..ni eye shadow pelakon tu pon dah tukar warna masa dia lompat tu...sabo je la..
pas tu, ada satu adengan dari satu filem seorang profesor tu...orang gila tengah bersembunyi di balik.. kononnya rimbunan pokok tapi yang nampak dua tiga helai daun lalang...pelakon tu siap nak selak2 lalang tu kononnya untuk menunjukkan dia bersembunyi dan cuba untuk melihat keluar...sedangkan kita dari luar skrin ni tak nampak pun dia macam sembunyi sedangkan orang yang tengah mencari orang gila ni dah naik juling mencari orang gila yang dikatakan bersembunyi tu...huhuhu
ni baru sikit je yang dapat aku ingat...kalu aku dapat catatkan semua kesalahan2 teknikal yang tak sepatutnya berlaku dalam industri ni, agaknya tak ada orang buat filem lepas ni sebab ada pula penonton yang begitu prihatin terhadap masalah titik bengik macam ni...

Bulan cair

Hampir 2 bulan bandar KK asyik hujan je..tak kira pagi, petang, malam ataupun tengah malam..Hujan rahmat..Kalau pakar cuaca dah balik dari England, agaknya keluarlah segala teori2 dia yang mencanak tu untuk memaklumkan kepada kami bahawa akhir tahun macam ni bukan setakat angin kus-kus yang akan bertandang di bandar KK tetapi kadang2 ada juga ..la nina, la nano...tapi kat tempat kerja kami dah ada la nani...
Hujan...baik juga boleh suburkan tanaman, sejukkan suasana yang panas lebih2 lagi bahang dari laut yang sentiasa memberikan kepanasan di tempat kerja kami (walapun duk dalam pejabat ber..ac)...
Satu hari selepas hujan petang itu, kami anak beranak keluar merambu...Tetiba anak aku yang umur 6 tahun berkata "mama, kenapa malam ni bulan cair?". Tak sempat aku nak tergelak...adiknya yang berumur 4 tahun dan kembarnya dah tergelak semacam...Kalu kembar dia tu gelak, tak heranlah, tapi yang adik 4 tahun lebih2 lak gelak macam dia lebih faham dari kitorang yang tak sempat tergelak...
"Bulan Cair?" Aku tengok driver, driver kitorang tersenyummm je sambil berkata "...hmmmm dah mama dia mengejar matahari, anak dia merenung bulan yang cair leeeee".
"Bulan Cair?" Apa maksud anak aku yang sorang ni hah? Dia ni memang lain sikit dari adik dan kembarnya.
Disebabkan kereta tak berhenti, tak dapat juga aku melihat bagaimana keadaan bulan yang cair... walaupun beria2 kembarnya mengatakan bahawa bulan tak boleh cair..ais krim je yang cair, dia tetap juga dengan pendiriannya...Dalam hati aku berkata, agaknya yang dimaksudkannya dengan bulan cair tu, bulan separuh kut...(besar sikit dari bulan sabit)
Sampai rumah, akupun merenung bulan yang dikatakannya cair...Dia datang padaku..."mama tengok betulkan bulan tu cair?". Oh ! baru kufaham maksudnya...bulan tu malap kerana spektrum warnanya seperti berselerak disebabkan hujan.. agaknya...Oh ok..ok..benar bulan cair sayang...

Thursday, November 10, 2005

Aktiviti minggu2 lepas

Haiiiii kawan2....aku dah balikkk....

dek lama sangat tak mai sini, nak tebarai rasanya ide dari kepala otak aku ni yang nak dikongsi ngn kawan2ku..yang duk jauh di sanun..
seminggu sebelum raya, aku gi la pejabat tengok2 surat dan dapat satu bungkusan yang dikirim oleh ahsuez..haha ni geng si rem member lazer aku huk..huk..hmmm di dalamnya ada buku bertajuk 'jiwa kacau'...hmmm aromanya bagus sekali...tak tahu rasanya bagaimana..hantar sms kat ahsuez ucap terima kasih..aku sedang meratah 'jiwa kacau'..dan dibalas dengan ucapan hari raya lagi..terima kasih rem...

Tanpa berfikir panjang, bacala 'jiwa kacau' bermula dari kata pengantarnya yang sangat menarik hati aku sehingga...habis setengah hari aku baca buku tu.. best..bestla...! susah nak digambarkan rasa best dia tu...macam membaca novel Indonesia..hehehe sorry penulis Malaysia, bukan aku tak suka baca novel korang tapi, tahap keterujaan aku tu berbeza sikit bila baca karya penulis Indonesia..kaya dengan ilmu..dan membuat kita berfikir..berfikir dan terus berfikir..inilah jua yang kualami dengan jiwa kacau..tapi dia ada +++++ kelakar...
dah habis baca, cakap kat katilmate aku...tak tengok buku jiwa kacau dalam bilik? Dia geleng kepala. Macam tak ada mood je..ye la dia dah berapa bulan dah tak serupa orang aku tengok..kalu kepala boleh berjalan, agaknya kepala dia yang turun tangga..kaki dia kat atas..hahaha..biasala orang buat Phd, kalu masa dah dekat, ibaratnya orang nak ter 'tuit'.... baru nak gali lubang jamban..hehehe..malam tu siang, siang menjadi malam...hmmm kesian juga...tapi apa la daya aku sekadar katilmate ni...masalah sendiri pun tak terpikul..
sehari dari balik raya, seperti biasala jam 8am je katilmate aku dah mula mengantuk...nak tido la...dah jam 10am macam tu, dia turun balik...siap mempersoalkan ...'apasal tak tunjukkan saya buku jiwa kacau ni?' aikkkk...tak tido lagi mamat ni? hmmm. aku diam je sebab tak tau nak cakap apa...'bestla buku ni? sapa bagi buku ni? bestla buku ni...hahahhaa...buku ni kelakau...hahaha buku ni buat aku tak boleh tido...hahaha'...macam tu la sepanjang hari tu berlalu...buku itu telah benar2 membuat jiwa katilmate aku 'KACAU'!
yang paling best, buku tu telah mengembalikan katilmate aku dari seekor kelawar yang berjaga malam dan membuta di waktu siang kepada seorang manusia kembali...hureeee..terima kasih penulis 'jiwa kacau'...dan orang yang telah menghantarnya ke tangan aku...
Aku nak mengesyorkan kepada kawan2. carila buku ini dipasaran..dapatkan yang original....