Puisi Seorang Wanita
Pengalaman Wanita 11
Pada ketika itu
Lidah terasa pahit
Tekak terasa loya
Perut menghambur isinya
bila-bila saja
di manapun jua
Dunia bagai berputar
pandangan berpinar-pinar
Ulu hati bagai disiat sembilu
perit...
ketika sendi dan urat saraf terasa menggelegak
keringat dingin mengalir pada tubuh yang berbahang
Keinginan pada perkara yang sukar untuk dimengerti
Bukan perkara luar biasa
atau bisa saja tidak punya selera untuk apapun
kerana orang tersayang juga akan menjadi musuh
bau badannya sahaja amat memeritkan
Oh Tuhan, sakit apakah yang kuderitai ini?
semua serba tak kena
segalanya amat menyebalkan
Itulah bahagian
cinta yang disirami kasih
telah berbuah
hasil dari restu Tuhan
pada hambanya...
8 Comments:
Wah.. wahh.. klasiknya cara kau memberitakan hal ini. Kalau mak bapak si Lokman baca ni, faham ka diorang bahawa cucunya bakal bertambah?
hahahaha..aku hantam saja..ndak paya makbapa si lokman rem, si along dah telipun bagitau atok dia perut mama ada baby..
korang tau, isteri si sudin dah melahirkan anak pompuan.
Oh, tumpang ucap tahniah kat sudin dan isterinya.
Sekarang ni, saya ngidam dua perkara ja... PhD dan Graduate Certificate in Academic Practice. Yang kedua tu sijil perguruan.
As,
Anak-anak ko tu memang advance betul. Takut pula saya dibuatnya As! Cakap dengan diorang, saya pula kena hati-hati. Kalau tak, nanti sesia saja kena balik.
Oh ya.. bini Sudin dah beranak? Bini Asmadi cam mana? Saya call dia tak dapat-dapat.
Yasmin, ko bila mau pulang?
This comment has been removed by a blog administrator.
Bertekad cemerlang mau pulang dengan PhD bah. Kalau nda, sesia saja jadi bahan kes dalam semua mesyuarat untuk beberapa tahun.
Akum. Saya tertarik dengan blog anda. Jadi saya minta kebenaran utk buat link supaya saya tidak lupa utk melawati di lain hari.
hai adadia..cantiknya nama..boleh saja.selamat bertandang..
Post a Comment
<< Home