Friday, January 06, 2006

Seminggu Hari Persekolahan 2006

Tahun 2006 yang menyaksikan permulaan hari persekolahan anak-anakku di tahun 1 turut menyaksikan perubahan rutin hidupku. Ah tidak!!! kini berakhirlah perangai tido lepas subuh atau selalu tersasar pun...Syukurlah..mudah-mudahan rezeki tahun ini melimpah ruah. Amin..
Jadual hidupku bertukar, ibarat ibuku di zaman kami kanak-kanak. Lepas subuh, seawal jam 5am, kena sediakan sarapan dan bekal untuk dibawa anak-anak ke sekolah. Rasanya lebih afdal daripada memberikan mereka duit untuk membeli makanan di kantin yang kita tidak tahu rasa dan khasiatnya. Dah hantar kembar ke sekolah yang masuk jam 7am, kena patah balik siapkan dan ambil pula adik mereka untuk dihantar ke sekolah tadika...Oh tidak..rasa nak tercabut skru lutut. Lagipun suami jauh di perantauan, macam ni la rasanya ibu tunggal menguruskan anak-anak mereka.
Semuanya harus ditempuh. Mengajar diri erti kesabaran, (sebenarnya, akulah orang yang paling tidak sabar!) Apalagi jika terperangkap kat jalan raya yang sesak. Dalam aku cuba untuk menahan diri bersikap sabar, anakku yang lelaki pula sibuk menjerit kat kereta orang jika berlaku kesesakan..oh tidak! Anakku dah pandai memaki pula kat orang lain jika berlaku kesesakan! Hmmm lepas ni, kena berhati-hati ketika memaki hamun. Jangan depan anak!!...
Hari pertama sekolah, anak kembar ke2 bernama Adnin sibuk melaporkan apa yang cikgu ajar kat sekolah. Dia membebel kerana cikgu ajar ABC..BA..CA.."Dia kata sekolah tu ketinggalan zaman sebab ajar benda yang dia dah belajar kat tadika". Hari kedua, dia komplen, "kitorang datang subuh-subuh kat sekolah, tapi cikgu masuk kelas lambat! Kenapa mama? " Oh Tidak ! Anakku dah pandai kutuk cikgu dan sistem persekolahan....Agaknya masa mengandungkan depa, aku banyak komplen kut...kuuur semangat...lepas ni, kena berhati-hati di hadapan anak-anak....

7 Comments:

At 3:58 am, Blogger Yasmin said...

Syukurlah dapat anak-anak yang proaktif, bukan seperti lembu dicucuk hidung.

 
At 11:16 am, Blogger asmiaty said...

cepatla ko pulang untuk mengurangkan kesengsaraanku...

 
At 12:35 pm, Anonymous Anonymous said...

Bukan lagi proaktif. Super proaktif. Saya sekarang ni jadi macam lembu dek dikerjakan bebudak tu.

Hari tu saya letak gambar 'love' (warna pink) sebagai screen saver untuk handphone. Sekali si Along nampak, dia kata: "Eeee.. pakcik ni pondan la!"

Hah, siapa mau jawab tu? Dah la bebudak ni pandai cakap Melayu Sabah dan Semenanjung. Sekejap cakap Sabah, sekejap cakap gaya Malaya. Bertukar-tukar kod bah!

 
At 9:10 am, Blogger asmiaty said...

kalu nyonya datang, cakap cina style ing. hahaha..min si hud dah pandai cakap cina ...hari-hari mama ai wo..papa ai wo..apa ertinya tu?

rem, si kembar bilang kenapa pakcik lama tak datang tengok diorang? sia cakap, pakcik rem 'serik' jumpa korang....pakar debat pun tak larat nak layan hahaha

 
At 9:29 pm, Blogger Nisah Haji Haron said...

As, catatan kau ni buat aku risau nak hantar anak ke sekolah tahun depan. Selamat menempuh alam baru!

p/s : Lokman pergi mana? UKM ke?

-Nisah Haron-

 
At 9:08 pm, Blogger asmiaty said...

alah nisah tawun depan cari dreba je antar budak2 tu. kat seremban senang dapat sekolah yang dekat2.

 
At 4:33 pm, Anonymous Anonymous said...

kak asmiaty from ppib kah ni? very nice blog.. nampaknya tambah lagi regular visitor d blog kakak.. just want to share http://salsabilacyber.blogspot.com

 

Post a Comment

<< Home