Raya menjelma lagi
Bulan Ramadhan dah nak melabuhkan tirainya, bulan syawal sebenarnya tak kelihatan lagi. Syukur Alhamdulillah masih jua dipanjangkan usia kita menikmati bulan yang penuh barakah ini... Semoga syawal yang akan datang membawa seribu kegembiraan di wajah kita, walaupun terdapat ramai rakan taulan kita yang pastinya tidak dapat bergembira di hari yang mulia nanti.
Bercakap pasal raya ni, biasala sebenarnya kalu kat Malaysia ni, puasa baru separuh hari daripada hari pertama tetapi aroma raya itu sudah menusuk2 hidung. Orang dah mula bercakap pasal baju raya, kuih raya, lagu raya dan pastinya ...di mana beraya?
Hmmmm...sejak kecik2 dulu aku dok heran kenapala ada orang gaduh bila tiba hari raya..Kini baru kutahu..(ikut slang lagu Dewi Yull)...Rupanya jika dah berumahtangga, gaduh pasal kat mana nak beraya tu dah jadi asam garam kehidupan...samalah agaknya rasa jika suami lewat balik pada satu-satu malam tu rupanya...
Mungkin masalah raya untuk yang berumahtangga ni takla menjadi masalah jika pasangan suami isteri dapat berkompromi. Contohnya buat jadual. Tahun ni kat umah isteri. Tahun depan umah suami. Tapi, perjanjian ini juga ada kalanya gagal jika peraturan tersebut dilanggar @ tetibe je terganggu disebabkan masalah2 yang tidak dapat dielakkan. Contohnya, tahun tersebut si isteri bersalin atau sebagainya. Memang sah akan menjadi perang saudara (samalah juga apabila berbini dua dan buat perjanjian selang semalam kat bini tua, malam berikutnya kat bini muda.Tapi tetiba, malam seterusnya ada perkara yang tak dapat dielakkan,, hmmm ligat juga kepala si suami nak mula umah bini mana lak hehe...melalut lak cite raya ni).
Sebenarnya, fikiran yang menghantui mereka yang mengalami dilema sebegini adalah kerana dalam kepala otak diorang, selalu menganggap bahawa raya kat umah mak sendirilah yang best. Bukan kata mak mentua tak best tapi sebab masa ni la sebenarnya si anak tak kira yang pompuan atau lelaki, dapat mengimbau zaman kecik2 ditimang ibu, merasa betapa lazatnya airtangan ibu...dapat berkumpul ngn adik beradik dan sebagainya....Kalu kat umah mentua, semuanya asing..kecuali laki n mak mentua la..yang lain2 tu, ipar2 atau biras2 yang memang sah jarang ditemui..perasaan segan tu memangla ada...
Jadi bagaimana nak mengatasi masalah seperti ini? Takkan si anak balik umah mak bapa masing2 lak kan? Hmmmm nak buat oooooosom pun dah tak de maknanye..jadi, di bawah ini diturunkan beberapa penyelesaian yg boleh difikirkan bersama,
1. Kahwinilah jiran terdekat dengan anda
2. Kahwinlah dengan anak yatim piatu..besar pahalanya.
3. Kerjalah dekat2 ngn umah mak atau umah mentua
4.Bawalah emak, bapa, mak mentua, pak mentua beraya dengan anda di mana saja anda berada...hehe. Pas tu, anda bagi je diorang rehat masa raya tu...ni dah tua pun nak mak juga yang masak cit...
5. Tak yah kahwin la kalu susah sangat..dukla bawah ketiak mak anda..boleh beraya setiap tahun dengan mak selagi hayat dikandung badan..
heheheee...